Masakan bercili memang sedap terutamanya jika makan dengan nasi panas-panas. Lagi pedas, lagi laju suap ke mulut. Kata orang, bertambah selera. Kalau anda memang peminat masakan pedas, menu bercili ini memang kena cuba.
AYAM BALADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
2. Angkat ayam dari periuk.
3. Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
4. Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya.
5. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
6. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas.