Kalau makan nasi kandar, pekena ayam bawang barulah lengkap hidangan. Puas hati bila dapat makan. Lauk ni kalau dapat masak sendiri pun menarik. Kalau ada bendi atau cili hijau,buat ulam lagi ngam.Bolehlah cuba buat ikut resepi ini.
AYAM BAWANG
Bahan-bahan:
Ayam Garam Kunyit Serbuk kari Lada sulah Serbuk cili 4/5 ulas bawang merah
Bahan untuk pes bawang: 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 senduk serbuk jintan manis dan jintan putih 2 sudu besar serbuk kari Serbuk cili/cili giling secukupnya 3 sekawan Daun pandan Daun kari 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram
Cara memasak:
1. Basuh ayam dengan bersih kemudian gaul garam, kunyit, serbuk kari, lada sulah dan serbuk cili.
Ads
2. Empat atau lima ulas bawang. Dimayang halus. Basuh dan toskan.
3. Panaskan minyak. Gorengkan bawang yang dimayang tadi. Goreng sampai perang. Jangan rentung pula.
4. Guna minyak goreng bawang tadi. Goreng ayam yang telah dicuci bersih tadi.
5.Sediakan pes untuk menumis. Bawang merah 5 ulas, bawang putih 4 ulas dan halia seinci lebih.
6. Satu senduk serbuk jintan manis dan jintan putih. 2 sudu besar serbuk kari. Serbuk cili atau cili giling secukupnya.
7. Tiga sekawan dan daun pandan serta daun kari.
8.2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos tiram.
9. Ambil minyak goreng ayam tadi dan tumis la 3 sekawan, daun pandan serta daun kari.
10. Kemudian, tumis pes bawang dan halia tadi.
Ads
11.Masukkan pula serbuk-serbuk tadi, jintan manis dan putih dan cili blend dan bahan sos.
12.Kacau bagi sebati. Dah garing, tambahkan air sedikit. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Dah sebati masuk ayam dan gaul sebati.
13.Akhir sekali tabur bawang yang dah siap goreng tadi.
Tak kiralah pagi atau petang, popia goreng memang snek atau kudapan yang cukup digemari, Selain popia basah, popia goreng memang kesukaan rakyat Malaysia. Satu lagi yang cukup popular adalah popia sira.
Ni min kongsikan resipi popia yang dikongsikan dari resipibbonda.my , radiatussoleha dan ciksuAdah Razali
1. POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
1 labu bawang holand | dipotong cincang
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk halus
1 batang lobak merah | dipotong dadu
Bahan B :
50 keping @1 bungkus kulit popia
300 gm bungkus ayam cincang
1 mangkuk daging ayam | di potong cincang
1 bungkus sosej ayam | potong kecil-kecil
6 keping keju cedar
1 tin cendawan | dipotong racik
1 tin krim cendawan *cendawan atau ayam (Campbell)
Cara Membuat: 1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali. 2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan krim cendawan. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati. Dah boleh tutup api, masukkan dalam bekas bila dah sejuk. Cara Membungkus Popia: 1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang. 2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum. 3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, bolehlah angkat dan toskan. Hidangkan.
Resepi Oleh: Radia Tussoleha dari FB Group MAHN
2. POPIA INTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Kulit popia
Jejari ketam (crab stick)
Keju cedar
Daun Bawang
Tepung Gandum (ejen pelekat)
BAHAN SOS :
5 biji cili masak
4 biji cili api merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
5 sudu makan cuka
6 sudu makan gula
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Biji bijan secukupnya | disangai
Cara Membuat: 1. Kisar jejari ketam bersama keju cedar. Kisar sampai bahan sebati dan bersatu. 2. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang. 3. Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan gam pelekat kulit popia. 4. Masukkan isi ketam dan keju tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia untuk menggoreng. 5. Untuk sos cili, kisar kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan. 6. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer. 7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah boleh tabur biji bijan ke dalam sos supaya nampak lebih menyelerakan.
Kredit foto dan reipi : resipibonda.my
3. POPIA SIRA KARI
BAHAN-BAHAN :
2 paket kulit popia *Gulung dan gunting ikut saiz yang disukai, goreng hingga kekuningan. Sejukkan.
Bahan Sira :
3 labu bawang putih* |kisar
6 tangkai daun kari atau lebih
6sudu makan cili boh
8 sudu makan gula pasir
3sudu makan bijan
Cara Membuat: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan daun kari, tumis hingga bawang putih masak. 2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau untuk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana. 3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting untuk elakkan gula hangus). 4. Kacau hingga gula larut, masukkan popia yang dah siap digoreng. Gaul sebati bagi meresap semua bahan tumis. 5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Boleh tutup. Pindahkan dalam bekas besar, sejukkan dan terus masuk dalam bekas kedap udara.
Teringin nak masak menu Ayam Teriyaki tapi tak jumpa resipi yang mudah? Maklumlah, sos Jepun ni banyak sangat versinya. Di pasaraya pun ada jual sos Teriyaki segera tapi jika boleh buat sendiri, buat apa beli. Betul tak? RASA kongsikan resipi Ayam Teriyaki guna sos homemade ni. Mudah, cepat dan tak pedas. Memang sesuai untuk kanak-kanak.
RESIPI AYAM TERIYAKI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam
1 sudu makan air sejuk
1/2 cawan gula
1/2 cawan kicap cair
1/4 cawan cuka
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih| dicincang
1/2 sudu teh serbuk halia
Sedikit bijan | disangai
CARA MEMASAK:
Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
Nikmatinya bersama nasi.
Info chef: Ayam ni jika lebih lama diperap, lebih enak rasanya. Jika ada lebih masa, boleh perap dengan lebih lama.
Ayam masak merah sedap juga dinikmati dengan nasi hujan panas. Kalau teringin, tak perlu pergi jauh. Masak sendiri saja pun dah dapat menikmatinya.
Nak buat ayam masak merah yang sedap dan mudah? Ikuti perkongsian resipi daripada Nazri Mat Zain ini. Cukup rasa pedas, masam, manis dan masinnya. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga yang besar ataupun untuk acara jamuan. Jom kita buat.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira