Kalau makan nasi kandar, pekena ayam bawang barulah lengkap hidangan. Puas hati bila dapat makan. Lauk ni kalau dapat masak sendiri pun menarik. Kalau ada bendi atau cili hijau,buat ulam lagi ngam.Bolehlah cuba buat ikut resepi ini.
AYAM BAWANG
Bahan-bahan:
Ayam
Garam
Kunyit
Serbuk kari
Lada sulah
Serbuk cili
4/5 ulas bawang merah
Bahan untuk pes bawang:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 senduk serbuk jintan manis dan jintan putih
2 sudu besar serbuk kari
Serbuk cili/cili giling secukupnya
3 sekawan
Daun pandan
Daun kari
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Cara memasak:
1. Basuh ayam dengan bersih kemudian gaul garam, kunyit, serbuk kari, lada sulah dan serbuk cili.
2. Empat atau lima ulas bawang. Dimayang halus. Basuh dan toskan.
3. Panaskan minyak. Gorengkan bawang yang dimayang tadi. Goreng sampai perang. Jangan rentung pula.
4. Guna minyak goreng bawang tadi. Goreng ayam yang telah dicuci bersih tadi.
5. Sediakan pes untuk menumis. Bawang merah 5 ulas, bawang putih 4 ulas dan halia seinci lebih.
6. Satu senduk serbuk jintan manis dan jintan putih. 2 sudu besar serbuk kari. Serbuk cili atau cili giling secukupnya.
8. 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos tiram.
9. Ambil minyak goreng ayam tadi dan tumis la 3 sekawan, daun pandan serta daun kari.
10. Kemudian, tumis pes bawang dan halia tadi.
11. Masukkan pula serbuk-serbuk tadi, jintan manis dan putih dan cili blend dan bahan sos.
12.Kacau bagi sebati. Dah garing, tambahkan air sedikit. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Dah sebati masuk ayam dan gaul sebati.
13. Akhir sekali tabur bawang yang dah siap goreng tadi.
14. Siap untuk dihidang.
Kredit: Anna Azilla
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official