Makan

Resipi Ayam Cetti, Boleh Makan Dengan Nasi Atau Cicah Roti Pun Sedap

Share

Ayam cetti antara masakan India yang enak dimakan bersama dengan nasi, roti atau pun roti puri. Kaya dengan rasa rempah dengan kuah yang pekat sesuai untuk hidangan makan tengah hari membawa ke petang.

Resipi ayam Cetti

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam potong ikut suka(kunyit garamkan dan goreng)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kerutuk(atau serbuk kari)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos tomato
Buah pelaga, kayu manis ,bunga lawang
Gula, garam
Sedikit air

Cara membuat:

1. Tumbuk atau kisar bawang merah bawang putih dan halia

2. Tumis bahan kisar, daun kari bersama rempah 3 sekawan hingga wangi.

3. Masukkan rempah kerutuk, tumis lagi hingga pecah minyak kemudian masukkan
sos tomato,kicap dan sos tiram.

4. Tambahkan sedikit air masukkan ayam dan perasakan gula garam

5. Masak hingga sedikit pekat kemudian tutup api.

Kredit resipi & foto: Raja Amanina

 

Published by
Rose