Resipi Ayam Cili Hijau Guna Air Fryer Sahaja Kurang Minyak Lebih Sedap

Share

Ramaikan yang dah ada air fryer dekat rumah, dah masak resipi apa je tu guna air fryer?? Kalau admin memang suka guna air fryer kalau nak goreng ayam supaya jimat minyak, maklumlah harga minyak dah naik ni bolehlah kurangkan guna minyak masak. Mudah sangat resipi ayam cili hijau ni, bahan pun tak banyak yang perlu disediakan untuk hidangan ni, yang paling penting kurang kolesterol dan sedap! boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Azie Surip

di Facebook ni. Selain boleh jimat minyak, jimat masa pun ya juga tak perlu nak menunggu ayam masak dalam minyak yang panas, hanya perlu masukkan dalam air fryer dan biarkan masak dengan sendirinya.

AYAM CILI HIJAU

BAHAN-BAHAN:

 

Dapatkan KHIND 3.5L AIR FRYER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan

DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam, lumur garam & kunyit. Susun dalam airfryer dan masak 30 minit suhu 160. Cukup masa, terbalikkan ayam dan masak lagi 10 minit untuk garingkan

2. Sementara ayam dalam airfryer kita bolehlah kisar kasar cili hijau, 1/2 biji bawang merah besar, sikit halia & bawang putih. 1/2 biji lagi bawang merah tu potong je. Air untuk kisar jangan banyak sangat ye

3. Panaskan sikit minyak. Tumiskan bahan kisar & bawang yang dah potong tu sampai pecah minyak. Masukkan garam & perasa

4. Masukkan ayam yang dah masak dalam airfryer. Gaul semua bahan sampai sebati. Bolehlah tutup api

SELAMAT MENCUBA

KREDIT: Azie Surip

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa

Published by
Nadzirah Rashid