Kalau selalu buat daging dendeng, boleh cuba buat ayam dendeng pula. Cara menyediakan lauk ini mudah tapi hasilnya memang sedap.
Disarankan supaya buat lebih kuah supaya dapat digaul dengan nasi, memang mantap rasanya.
5-6 ketul ayam -dipotong kecil & dibersihkan
1 senduk cili kisar
Kicap manis
2-3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
Serbuk perasa
Garam dan gula
Bahan kisar
2-3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang sera
1 inci halia
1. Goreng ayam yang telah digaul garam dan kunyit. Tak perlu garing. Angkat dan tos.
2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan kisar, masukkan sekali cili kisar (lebihkan jika mahu pedas). Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap manis bersama daun limau purut yang dicarik. Kacau sebati.
4. Masukkan cili padi yang diketuk jika suka, asam keping
dan sedikit air supaya berkuah. Kacau.
5. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tambah mana yang kurang.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng. Kacau sebati. Biarkan masak lebih kurang 5-10 minit kemudian tutup api. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nor Farah Atika