Salah satu cara sedap untuk menikmati ayam adalah dengan membuat ayam gaprek. Ayam gaprek ialah ayam goreng namun dibuat dengan cara rangup dan disaluti tepung. Kunci keenakan hidangan ayam gaprek adalah sambal gaprek itu sendiri.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM GAPREK
Ads
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar tepung goreng ayam
1 sudu besar serbuk cili (jika suka pedas)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
8 ketul ayam
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan tepung gandum, serbuk kunyit, rempah kari, tepung goreng ayam, serbuk cili dan garam.
2. Bahagikan aduan ini kepada dua bahagian.
3. Satu bahagian dibuat adunan tepung basah. Caranya dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Jika adunan pekat, ayam akan lebih rangup.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
5. Ambil seketul ayam. Celupkan ayam ke dalam adunan tepung basah. Gaul rata.
6. Kemudian gaulkan pula ayam ke dalam adunan tepung kering sehingga rata.
7. Masukkan ayam ke dalam minyak masak yang panas dan goreng sehingga masak.
8. Ulang langkah 5 dan 6 sehingga ayam habis.
SAMBAL GAPREK
BAHAN-BAHAN
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
13 biji cili padi merah
7 biji lada besar
Garam gula dan perasa secukupnya
3 sudu besar minyak masak panas
CARA MEMBUAT
1. Potong kecil semua bawang dan cili.
2. Dalam lesung batu atau penggiling, ketuk-ketukkan cili dan bawang tadi.
3. Masukkan garam dan gula. Gaul rata.
4. Masukkan minyak masak yang panas. Gaul rata. Sedia dinikmati.
Ads
CARA MENGHIDANG
1. Ambil seketul ayam goreng. Letakkan di atas papan pemotong.
2. Ketukkan ayam dengan menggunakan anak lesung batu sehingga penyek sedikit.
3. Ambil sambal gaprek dan letakkan di atas ayam goreng yang teleh diketuk.
4. Hidangkan bersama nasi.
Siap!
Ads
TIP:
1) Sambal gaprek tidak diletakkan tomato kerana tomato akan membuatkan sambal jadi berair.
2) Sukatan bahan sambal gaprek boleh dikurang dan dilebihkan ikut cita rasa masing-masing.
3) Sambal gaprek yang asli memang bahan-bahannya tidak perlu digoreng. Bahan iaitu bawang dan cili cuma perlu ditumbuk kasar dan cukup sekadar dituangkan minyak masak panas.
Kalau korang penggemar cencalok, menu ini mesti korang suka. Rasanya pedas-pedas, masam dan masin. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap sangat. Nak membuat memang banyak bahan. Tapi bahan-bahannya semua bahan asas saja. Memang kebiasaannya dah ada di dapur. Jom buat.
AYAM GORENG PEDAS CENCALOK
BAHAN GORENG
Minyak masak
8 biji bawang merah (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
BAHAN KISAR
8 biji bawang merah (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
3 batang serai (kisar)
BAHAN LAIN
500 gram ayam (potong kecil)
1/2 cawan cencalok (toskan airnya)
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air
2 biji cili merah (hiris)
2 biji cili hijau (hiris)
1 sudu kecil gula
3 biji limau kasturi (perah jusnya)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng hirisan bawang merah dan bawang putih. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut. Gaul rata.
4. Masukkan air asam dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah digoreng tadi dan juga hirisan cili merah serta cili hijau. Kacau rata.
6. Perlahankan api. Masak sehingga pekat. Akhir sekali masukkan gula dan jus limau kasturi. Kacau sekejap dan angkat. Sedia dihidang.
Belum ada idea untuk menu makan tengahari ni? Jangan pening-pening sebab aneka resipi dari negeri Pantai Timur ni antara menu-menu mudah serta ringkas yang boleh dicuba. Memang terbaik & tentunya membuka selera. Kalau nak guna resipi-resipi ni untuk berniaga pun boleh. Memang sedap hasilnya. Selamat mencuba!
1. GULAI IKAN IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
1 liter santan
2 keping asam gelugor
5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
1 /2 batang timun | hiris bulat
8 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas | hiris nipis
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Selain ikan kembung, boleh guna ikan tongkol. Tetapi ikan tongkol perlu direbus dahulu sebelum dibuat gulai.
2. KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
3. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.