Resipi Ayam Geprek Berempah ‘Extra Spicy’. Memang Padu!

Share

Bagi yang suka makanan pedas, pasti akan menggemari sajian Ayam Geprek Berempah ‘Extra Spicy’ perkongsian saudari Puteri Hana Sofia ini. Menu ni selalunya kita makan di kedai kan? Apa kata kali ni cuba masak sendiri di rumah. Nak buatnya tidak susah pun dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Paling penting adalah sambal kena padu. Barulah mantul!

 

CARA MASAK AYAM GEPREL BEREMPAH ‘EXTRA SPICY’

BAHAN AYAM GEPREK BEREMPAH:

4 ketul ayam
1 sudu teh ketumbar beli online disini
1 sudu teh gula


Secubit garam
1/2 inci halia
3 tangkai cili kering beli online disini
1 sudu teh jintan beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit beli online disini
1 sudu teh tepung jagung beli online disini
1 sudu teh tepung gandum beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan rempah kecuali tepung jagung dan tepung gandum. Kisar halus.
2. Kemudian campurkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 30 minit.


3. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga masak sempurna. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.

BAHAN SAMBAL GEPREK:
15 biji cili padi
2 biji cili besar
3 ulas bawang putih
6 biji kacang gajus (boleh ubah ikut selera masing-masing)
Minyak zaitun beli online disini
Tauhu
Gula secukup rasa


Garam secukup rasa
Timun

CARA MEMASAK:
1. Panggang/grill/goreng tenpa minyak cili padi, cili besar, bawang putih dan kacang gajus.
2. Kemudian letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung.


3. Lumatkan semua bahan kemudian masukkan cili besar, gula dan sedikit lagi garam untuk mencukupkan rasa.


4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Ia bertujuan supaya sambal tu masak sedikit dan tidak terlalu mentah. Perut pun tak pedih bila makan.
5. Gaul rata sehingga semua bahan sambal menjadi sebati.
6. Masukkan Ayam Berempah yang sudah digoreng tadi. Geprekkan/ penyekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.


7. Ayam Geprek Berempah siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Puteri Hana Sofia

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur