Resipi Ayam Golek mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Hanya bakar menggunakan ketuhar sahaja. Di hujung minggu macam ni, sesuai sangatlah mak-mak cuba.
AYAM GOLEK OVEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 senduk minyak zaiton
- 1 senduk sos tiram
- 1 senduk sos chicken marinade – senduk yang betul bukan sudu teh atau sudu makan.
- 2 sudu makan lada hitam
- 5 sudu makan kicap abc
- 1 sudu makan basil
- 1 sudu makan oregano
- Seekor ayam (saiz besar)
- 3 sudu makan serbuk cili babas
- Garam,ajinamoto secukupnya
- 5 sudu makan madu
- 1 sudu makan mentega
- Kentang
- 1 ulas bawang besar – belah dua
- 1 labu bawang putih – belah dua jangan buang kulit
*campur kesemua bahan-bahan diatas.
CARA MEMASAK:
- Basuh ayam bersih-bersih, kemudian lap dengan tisu. Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dgn bahan-bahan diatas. Perap selama 2 jam, tak payah masuk peti sejuk.
- Kemudian, panaskan oven dengan suhu paling panas (oven saya jenama cornell 43L)
- Kemudian turunkan suhu kepada 180C, api atas bawah, tempoh masa membakar dalam 1jam 40min bergantung pada ketuhar masing-masing. Kalau tak ada pencucuk macam oven saya ni, guna redai besi yang jarang-jarang tu letak kat tengah-tengah, pastu letakkan tray pada lapisan bawah. Jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tak kering dan lembut serta ‘juicy’ bila dimakan.
- Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.
- Bila ayam sudah masak, jangan keluarkan dari ketuhar. Biarkan ayam dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.
INFO:
*setiap 10 minit, glis ayam dengan bahan perapan. Bila ayam dah bertukar warna, boleh berhenti glis ayam tu.
*Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila di bakar.
* Ubi kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk menambahkan lagi aroma.
Kredit Resepi & gambar: Nana Sabrina Sarsan