Resipi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Sedap

Share

Resipi ayam goreng ala KFC ini cukup mudah. Malah, teramat sedap dan rangup. Memang layan habis bila memakannya.

Selain itu, ada cara macam mana nak buat ayam itu akan ada ‘kerinting’ bila digoreng. Macam ayam KFC hot and spicy tu. 

Bahkan, bila dapat juga jimatkan belanja bila buat sendiri. Anak-anak pun boleh makan dengan puas. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Reha Rahma ini ye. Mudah je. Bahan pun tak banyak guna.

Selamat mencuba!

Resipi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan Untuk Resipi Ayam Goreng Ala KFC:

1kg kepak ayam – bahagian lain pun boleh

Air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Perap:

1 sudu kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini

3 sudu makan stok ayam Maggi

Bahan Salutan:

1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

½ cawan tepung Bestari – boleh beli online di sini

Cara Memasak Resipi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Sedap:

Untuk perap ayam, dalam satu bekas, masukkan kepak ayam dan satu sudu kecil serbuk kari (anggaran untuk sekilo). Gaul sekata.

Tambah stok ayam pekat jenama Maggi. Gaul sekata dengan ayam dan simpan di dalam peti sejuk. Esoknya baru digoreng.

Untuk bahan salutan, satuan tepung gandum dan tepung Bestari. Gaul sebati.

Masukkan ayam ke dalam tepung tadi. Biarkan ia salut rata.

Nak buat ayam nanti akan jadi kerinting bila digoreng, petuanya celup sekejap di dalam air (guna air tapis).

Kemudian salut sekali lagi dengan campuran tepung tadi.

Setelah itu, barulah digoreng hingga ayam bertukar warna kekuningan dan masak sepenuhnya.

Angkat dan toskan. Siap! Cicah dengan sos.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa