Sedapnya Ayam Goreng Belengas, resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan bila balik kerja atau dijadikan menu bekal anak-anak ke sekolah. Bak kata empunya resipi, makan kering-kering dengan petai dan sambal belacan, lagilah buka selera. Jadi bagi anda yang teringin nak makan Daging Goreng Belengas viral tu tapi tak boleh makan daging, cubalah resipi ni. Sama sedapnya. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG BELENGAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk kunyit – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar kicap manis – beli online disini
5 batang kacang panjang
1 biji bawang holland
1 tangkai cili besar merah
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong tadi. Kemudian gaul ayam dengan kunyit dan garam seperti biasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian goreng ayam hingga garing.
3. Ketepikan ayam di pinggir kuali kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili yang siap dimayang. Biar layu sekejap.
5. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang.
7.Gaul-gaul sekejap. Jika suka rasa rangup Kacang Panjang, gaul sekejap sahaja kemudian tutup api.
8. Siap. Ayam Goreng Belengas sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official