Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya.
Andai beli menu ni di gerai, harganya tidaklah mahal cuma jika beli dalam kuantiti yang banyak, lebih berbaloi jika masak sendiri. Masak seekor ayam, boleh makan satu keluarga.
Nak cuba mask sendiri menu ni? Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Selamat mencuba.
1 ekor ayam potong – potong 12-14
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air) – beli online disini
2-3 sudu makan emping cili (chili flakes) – beli online disini
1-2 sudu makan tepung beras @ tepung jagung (pilih salah satu sahaja) – beli online disini
Serbuk kari daging (agak-agak) – beli online disini
Daun kari secukupnya
Kiub pati ayam @ garam secukup rasa – beli online disini
Serbuk kunyit secukupnya
7-10 batang serai
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
2 sudu makan jintan manis – sangai terlebih dahulu – beli online disini
2 sudu makan jintan putih – sangai terlebih dahulu – beli online disini
1 sudu makan ketumbar – sangai terlebih dahulu – beli online disini
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Satukan semua bahan diatas dan gaulkan bersama ayam.
2. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam. Namun jika nak cepat, tidak perlu perap.
3. Panaskan minyak yang banyak dengan api besar. Goreng ayam yang diperap tadi.
4. Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, bolehlah diangkat.
5. Toskan minyaknya dan sedia untuk dinikmati.
Kredit Resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Mohammad
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official