Resipi Ayam Goreng Berempah Sukatan 1 Ekor Ayam. Mudah & Elok Berserdak!

Share

Menu Ayam Goreng Berempah ni memang digemari ramai. Makan panas-panas, memang layan! Biasanya ia dinikmati bersama hidangan nasi lemak. Makan dengan nasi putih panas-panas pun layan! Ada pula sambal kan, lagilah berselera. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Norwati Che Kar ni.

 

AYAM GORENG BEREMPAH ( 1 EKOR AYAM)

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 1 sudu makan kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk cili atau cili blender (mana satu yang ada)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Daun kari.
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai – potong saiz seinci setiap keratan

BAHAN KISAR KASAR & KERING:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan kasar
  • 2 sudu besar jintan halus

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan gaulkan pada ayam. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam hingga masak dan garing.
  3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Tip:

  1. Untuk mendapatkan serdak ayam, masa potong serai, hiris anggaran seinci-seinci untuk setiap keratan.
  2. Jika perap ayam dalam jumlah yang banyak, kisar serai secara berasingan. Tapis dan buang air kisaran serai dan ambil seratnya sahaja.

Kredit resipi & foto: Norwati Che Kar

Published by
Nur