Sedapnya Ayam Goreng Cabe Ijo ni. Bagi anda yang gemar makan lauk pedas, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini antara yang boleh dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai anda masak hari ini untuk sajian kelurga. Jom cuba!

CARA MASAK AYAM GORENG CABE IJO SEDAP & MUDAH

Resipi Ayam Goreng Cabe Ijo. Sedap & Mudah Masak

BAHAN-BAHAN:
9 ketul ayam
4 biji cili hijau
12 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato – belah 4
Daun limau purut
1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini
Serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit dan garam secukupnya

CARA MEMASAK
1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Resipi Ayam Goreng Cabe Ijo. Sedap & Mudah Masak2. Dengan gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak sehingga sedikit layu.

Resipi Ayam Goreng Cabe Ijo. Sedap & Mudah Masak 3. Kemudian angkat dan kisar kasar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga daun limau purut. Masak hingga pecah minyak dan sedikit kering.

Resipi Ayam Goreng Cabe Ijo. Sedap & Mudah Masak5. Kemudian masukkan serbuk belacan dan juga serbuk perasa. Gaul.

Resipi Ayam Goreng Cabe Ijo. Sedap & Mudah Masak6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga bersalut rata.

Resipi Ayam Goreng Cabe Ijo. Sedap & Mudah Masak

Ads

Resipi Ayam Goreng Cabe Ijo. Sedap & Mudah Masak7. Angkat dan Ayam Masak Cabe Ijo sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Mee Kari Chinese Style. Pekat, Berempah Memang Sedap

Koleksi Resipi Lauk Kampung Yang Sedap & Mudah

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Ads

Cara Buat Jagung Cawan Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Resipi Popia Vietnam. Sedap, Mudah & Lebih Jimat

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI