Sedapnya Ayam Goreng Cabe Ijo ni. Bagi anda yang gemar makan lauk pedas, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini antara yang boleh dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai anda masak hari ini untuk sajian kelurga. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG CABE IJO SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
9 ketul ayam
4 biji cili hijau
12 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato – belah 4
Daun limau purut
1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini
Serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
CARA MEMASAK
1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak sehingga sedikit layu.
3. Kemudian angkat dan kisar kasar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga daun limau purut. Masak hingga pecah minyak dan sedikit kering.
5. Kemudian masukkan serbuk belacan dan juga serbuk perasa. Gaul.
6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga bersalut rata.
7. Angkat dan Ayam Masak Cabe Ijo sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official