
Resipi yang satu ni dah terasa meleleh air liur. Inilah dia menu pembuka selera. Paduan ayam goreng dan cili api yang pedas menyengat memang buat bertambah korang makan. Buatnya pun mudah dengan bahan-bahan seperti di bawah ini
Ayam Goreng Cili Api
Bahan-bahan:
cili padi merah dan hijau ( kisar kasar)
Bawang besar
Bawang putih
Serai titik
1.Ayam goreng dulu dengan garam dan kunyit.

2.Tumiskan bahan blend….sampai garing

3.Dah garing..buh gula @perasa..garam sikit je….Masukkan ayam tadi

4.Masukkan air asam jawa..sikit.Gaul rata.

5.Ni pun da sdap mkn dgn nasi…tp sabo…sikit lagi
6.Letak kicap sikit.

7.Siap!

Kredit Resepi: Asmida Asman
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sheperd Pie Menu Kesukaan YDP Agong, Resipinya Kini Jadi Carian Hangat.

Disebabkan menu barat ini adalah antara makanan kesukaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, min tengok makin ramai yang berminat nak cari resipi Sheperd Pie.

Ramai dah tahu baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar memang handal dan arif memasak. Bukan sahaja lauk pauk tradisional tetapi juga arif memasak sajian barat termasuklah Sheperd Pie..
Jadi istimewa buat follower RASA ni min kongsikan resipi Sheperd Pie versi RASA. Menu ini biasanya berintikan daging dengan lapisan atasnya kentang lecek (mashed potatoes) dan dibakar dalam oven.
SHEPERD PIE

BAHAN-BAHAN :-
Bahan kentang :
5 biji kentang
1/4 cawan fresh milk
3 sudu besar butter
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukupnya
Mozarella cheese secukupnya
CARA MEMASAK :
Kupas kulit kentang dan rebus sampai empuk. Setelah empuk, toskan kentang tersebut. Kemudian lecek kentang sampai lumat dan masuk butter, lada sulah dan garam. Masuk kan susu segar 1/4 cawan pula. Gaul rata2.
Bahan inti
1 labu bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 botol kecil tomato puree
1 tin cendawan butang (dicincang)
1 paket daging cincang
Serbuk black pepper dan oregano
2 sudu besar sos cili
Sedikit garam
CARA MEMASAK-
1. Cairkan mentega di atas kuali . Masuk kan bawang. Tumis garing. Masukkan daging cincang, masak sampai kering air daging.
2. Kemudian masukan tomato puri, sos cili, black pepper, oregano, garam dan gula sesedap rasa. Masuk tomato dan cendawan. Kacau sampai sebati. Siap.
3. Sediakan mangkuk kaca tahan panas. Letakkan inti dalam mangkuk dan ratakan. Kemudian letak pula lapisan kentang lecek tadi. Taburkan keju mozzarella.
4. Bakar dengan suhu 180C dalam 25-30 minit atau bahagian atas tu dah bertukar keperangan kira dah masak. Sebab mash potato dengan inti daging/ayam tu kan kita dah masak.
5. Bila topping dah masak dan keperangan,so boleh lah keluarkan daripada oven.
FB : Rosmaliza Omar'
Via FB : Jom Join Masak
SHEPERD PIE FUSION BERINTI RENDANG DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 4 kg daging batang pinang /dipotong dadu
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 7 ulas bawang putih/dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 2 sm lengkuas/ dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 4 sudu makan serbuk cili
- 4 batang serai /diketuk
- 200 gm kerisik
- 2 keping asam keping
- 1 biji santan kelapa
Bahan B:
- 5 biji kentang
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau.
3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak.
4. Kemudian masukkan daging dan didihkan
5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam.
6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil.
7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi
8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek
9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi
10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius
11. Hidangkan bersama salad segar
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang sesuai dengan citarasa tradisional.
Kek Strawberri Milkshake Cantik Rupa, Rasa Sedap & Senang Pulak Membuatnya.

Lihat pada bentuk, rupa dan warna pada hasilan Kek Strawberri Milkshake ini memang menggoda mata dan selera. Tetapi setelah mencuba ia memang tidak mengecewakan, jika anda tergoda, cubalah buat sendiri berpandukan pada resipi yang disediakan oleh pemilik IG Spatula Umme, puan Shariah Aminah Syed Abdullah.

KEK STRAWBERRI MILKSHAKE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan mentega
- 13/4 cawan gula halus
- 4 biji telur
- 1 cawan susu perisa strawberri
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
- 1 1/4 cawan tepung serbaguna
- Sedikit hirisan strawberri
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati dan sedikit gebu.
2. Kemudian masukkan telur, pukul sebati.
3. Seterusnya masukkan esen vanila kemudian pukul sebati lagi.
4. Setelah itu masukkan kedua-dua jenis tepung dan diselang-selikan dengan susu.
5. Gaul sebati.
6. Adunan sedia untuk dibakar.
7. Masukkan dalam loyang 8 inci.
8. Bakar suhu 170 selama 30 minit atau sehingga masak.
4 Kuih Tradisional Goreng, Boleh Jadi Sarapan Esok

Kuih tradisional bukan sahaja sesuai dibuat sarapan, malahan kudapan petang pun menyelerakan juga. Tak payah kukus, tak payah bakar tiga kuih ini boleh digoreng sahaja. Mudah aje buatnya. Resipi kuih yang tak lekang dek zaman ni, generasi muda patut lah cuba.
1. CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- Minyak masak untuk menumis
- 1/2 biji kelapa parut
- 100 gm udang kering /direndam dulu
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawang kecil
- 7 biji cili merah
- 1 sm halia
- 1 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
- 250 gm keledek /rebus dan lenyek
- 4 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
2. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
3. Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
1. Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
4. Ulang sehingga doh dan inti habis
5. Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
2. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)

BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan gula
- 2 cawan air
- Secubit garam
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
3. SARDIN GULUNG

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 500 gm tepung gandum
- 150 gm marjerin @ mentega
- 1 biji telur
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
- 1 tin kecil sardin
- 2 sudu makan cili kisar
- 3 ulas bawang putih /ditumbuk
- 3 biji cili padi /dicincang
- 1 biji bawang besar /dicincang
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 biji ubi kentang /dipotong dadu
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
3.Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
4.Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
2. Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
4. Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
5. Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
6. Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
7. Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
8. Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
9. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
4. KUIH BOM
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Terima kasih : KUeh Cafe , Seksyen 13,Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor.

