Resipi ayam goreng Hatyai ini sedap dan punya aroma tersendiri. Juga dikenali sebagai Gai Tod Hat Yai dalam Bahasa Thai.
Ayam bahagian apa pun boleh digunakan, tapi seeloknya paha, kepak atau tight. Boleh ikuti resipi yan dikongsikan oleh Encik Muhammad Sofiyullah Mohamed Yakin
Ayam
Sedikit tepung beras – boleh beli online di sini
Bawang merah potong dan goreng kekuningan
Minyak masak – boleh beli online di sini
1 labu bawang putih – boleh beli online di sini
Batang ketumbar
Serbu lada putih @ lada hitam – boleh beli online di sini
Serbuk jintan
Sedikit serbuk kunyit – boleh beli online di sini
Sos tiram – boleh beli online di sini
Kicap cair
Garam – boleh beli online di sini
Gula
Kelar ayam untuk memastikan bahan perapan masuk sempurna. Ini juga membantu untuk ayam mudah masak.
Masukkan ayam dalam plastik dan bahan perapan. Perap ayam dengan bahan kisar semalaman atau sekurang-kurangnya dua jam. Lagi lama lagi sedap.
Bila nak masak, keluarkan ayam dan gaulkan dengan tepung beras. Nak gaul basah pun boleh. Kalau kering lagi rangup.
Goreng hingga kekuningan secara Deep fried dan api mesti perlahan.
Sebelum goreng boleh celupkan batang senduk kayu minyak. Jika ada buih-buih kecil bermakna minyak dah panas dan boleh mula menggoreng.Balik-balikkan ayam guna pengepit ya. Bila dah masak dan berwarna coklat, angkat. Lapik dengsan tisu untuk serap minyak. Taburkan dengan sedikit garam.
Taburkan bawang goreng. Makan dengan pulut cicah dengan sos Sri Racha lagi sedap. Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official