Resipi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

Share

Siapa yang tidak suka dengan menu ayam goreng. Dihidangkan sepinggan panas-panas, ratah begitu sahaja pun licin. Macam mana nak buat ayam goreng mamak yang sedap, mudah saja ikut resipi ni.

Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan:

1 ekor ayam

6 sudu makan tepung jagung-beli online di sini

6 sudu makan tepung beras-beli online di sini

3 tangkai daun kari-beli online di sini

 

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih

2 inci halia

5 tangkai cili kering

2 sudu makan rempah kari

1 biji telur

Garam secukup rasa

1 sudu makan serbuk lada sulah

 

Cara memasak:

1.Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama satu jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2.Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.

Kredit: Qhamcyahh Hidayat

Published by
Putri