Hidangan ayam goreng ‘spicy’ pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Jimat & pasti puas makan. Jom cuba!

RESIPI AYAM GORENG SPICY RANGUP 

Resipi Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi. Sedap Boh…

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – potong saiz sederhana
  • Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
  • Sedikit air

BAHAN SADUR:

  • Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
  • Tepung beras
  • Tepung gandum
  • Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki

( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.

Resipi Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi. Sedap Boh…

2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.

IKLAN

3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.

4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.

Resipi Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi. Sedap Boh…

IKLAN

5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.

6. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi. Sedap Boh…

Kredit resipi & foto: Cik Puan Yana

Link asal resipi:https://goo.gl/Cdfyud

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI