Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar. Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit, apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru. Pasti lebih berselera dan tidak jemu dimakan. Lain dari rasa ayam goreng yang biasa kita nikmati tu. Cubalah!
CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil 3 batang serai 5 ulas bawang putih 2 akar ketumbar 2 sudu kecil lada hitam – beli online disini 2 sudu besar sos tiram – beli online disini 1 sudu besar sos ikan – beli online disini 1 sudu kecil gula 2 sudu besar tepung jagung – beli online disini Daun limau purut – dihiris halus Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ia bertujuan supaya bila serai ditumbuk, seratnya jadi cantik dan panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup.
Ads
2. Tumbuk serai kasar-kasar sahaja.
3. Ini bahan tumbuk untuk perapan: bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan tapi tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit pun tidak mengapa.
5. Masukkan semua bahan (kecuali daun limau purut) bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan di akhir sekali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tidak bergumpal. Jika bergumpal, nanti bila digoreng hasilnya jadi tidak cantik.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan.
8. Ayam Goreng Serai siap disediakan. Taburkan hirisan daun limau purut untuk menaikkan lagi keenakan menu ini. Aya mini juga enak dicicah bersama Sos Cili Thai.
Ayam Goreng Pandan Thai ini terbukti keenakannya , lagi lagi kalau menikmatinya panas-panas. Menu ini juga selalu jadi pilihan bila makan di restoran Thai. Nak tau macam mana nak buatnya supaya aroma pandannya semerbak dan isi ayam lembut dan berperisa. Resipi yang dikongsikan ini boleh membantu. Bila korang cuba gerenti tak oder atau makan di restoran, buat sendiri lagi sedap dan gerenti bersih dan selamat.
AYAM GORENG PANDAN THAI BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | dadu besar, bersih dan tos
4ulas bawang putih |ditumbuk
1/2sudu kecil lada hitam | ditumbuk)
1sudu kecil ketumbar | ditumbuk
1sudu makan sos tiram
1sudu makan kicap
1sudu makan gula@madu
Sedikit garam
1sudu makan tepung jagung
Daun pandan dan lidi secukupnya
Sedikit hirisan daun ketumbar | jika suka
CARA MEMBUAT:
Perap ayam bersama bawang putih, lada hitam, ketumbar, sos tiram, kicap, gula, tepung jagung dan garam
Balut@bungkus isi ayam dengan daun pandan
Perap 2- 3jam@semalaman lagi sedap
Goreng(deep fry) hingga keperangan
SOS ALA THAI (PECICAH) BAHAN-BAHAN:
3biji cili merah
6biji cili padi
1keping gula melaka
1sudu makan gula
5sudu makan sos ikan@kicap sotong
Daun ketumbar cincang halus
3ulas bawang putih cincang halus
2sudu makan cuka
Sedikit bijan
Setengah cawan air
1sudu kecil tepung jagung
CARA MEBUAT:
Kisar cili dengan sedikit air.
Tumis bawang putih & bijan hingga wangi.
Masukkan cili kisar, air, cuka, lemon, gula, kicap sotong.
Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung.
Masak lagi hingga sos jadi sedikit jernih dan perasakan gula garam
Taburkan daun ketumbar.
Sos sedia dihidangkan dengan Ayam Goreng Pandan tadi.
Menu ayam goreng kalau dibuat memang jadi rebutan. Jadi nak dapatkan rasa yang sedap kenalah tahu rahsianya. Biasanya kalau ayam goreng, kita goreng kunyit jekan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ni bella nak share resipi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan lada sulah-BELI ONLINE DI SINI
Garam secukup rasa
Bahan B
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
6 sudu makan tepung gandum
Cara memasak:
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan.
Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba
Kredit: Bella Shabuddin
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Masakan yang sinonim dengan Negeri Sembilan, pasti ramai yang terbayangkan kuah lemak berwarna kekuningan yang kaya dengan ramuan santan dan cili api.
Baik menggunakan ikan sungai salai, udang galah, ayam kampung mahupun daging yang disalai, masak lemak cili api ini sudah menjadi hidangan wajib bagi penduduk di negeri itu sejak beratus tahun dahulu. Namun, selain masak lemak cili api, negeri yang terkenal dengan budaya Minang itu turut popular dengan masakan tradisionalnya iaitu rendang daginglembu.
Lebih menarik, rendang Minang itu turut disenaraikan sebagai 50 hidangan terlazat di dunia oleh CNN International menerusi pencarian daftar makanan World’s 50 Most Delicious Foods pada tahun 2011.
Di pekan Gemencheh yang terletak di daerah Tampin, misalnya, ia sangat popular dengan masakan rendang maman.
Orang Johol
“Orang sini memang suko bonar rondang maman. Laie-laei bilo nak rayo.
“Kalau tak do maman, tak rayolah Monceh,” seloroh Meriam Pilus, 63, dalam loghat Negeri Sembilan.
Menurut anak jati Gemencheh itu, keakraban masyarakat tempatan dengan rendang maman memang tidak boleh dipertikaikan.
Katanya, masakan tersebut bukan sahaja diminati oleh orang Melayu malah orang Cina dan India. Juadah wajib ada semasa perayaan Aidilfitri itu turut menjadi hidangan pilihan keluarga semasa sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavali.
“Jangan pelik kalau masyarakat Cina dan India di sini pun sudah pandai masak rendang maman,” katanya yang berasal dari Kampung Geduk, satu-satunya kampung di Gemencheh yang mengusahakan tanaman sayuran maman secara komersial.
RENDANG maman dimasak menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Hanya santan, cili api, kunyit hidup, asam keping dan garam diperlukan.
Tidak lokek berkongsi resipi, menurut Che Som, kunci untuk mendapatkan rendang maman yang sedap adalah cara penyediaannya yang masih mengekalkan cara lama selain menggunakan bahan-bahan utama secukupnya.
“Bahan untuk memasak rendang maman cuma santan, kunyit hidup, cili api, asam keping dan garam secukup rasa.
“Daging yang telah disalai dimasukkan ke dalam kuali bersama cili dan kunyit yang ditumbuk halus.
“Selepas bahan-bahan tadi mesra, masukkan santan yang telah diperah. Santan jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
“Biasanya untuk sekilo maman, dua hingga tiga biji kelapa diperlukan,” kata Che Som sambil membetulkan kedudukan kayu api.
Memandangkan sayur maman ini pahit, asam keping perlu digunakan untuk menghilangkan rasa pahit tersebut.
“Untuk sekilogram maman, lebih kurang enam hingga tujuh keping asam diperlukan,” ujar Meriam sambil mengacau santan.
Selepas santan menggelegak dan mula mengering, barulah sayur maman dimasukkan.
Ia kemudian dimasak sehingga santan kering. Di tahap ini, ada syarat penting yang perlu dipatuhi, maman jangan dikacau selalu, jika tidak sekawah rendang akan pahit!
Sumber: Kosmo
RESIPI RENDANG MAMAN AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1ekor ayam kampung atau boleh juga (1 ekor itik/10 ekor puyuh/1kg daging)
2kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.
CARA MEMASAK:
1. Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal supaya daun maman tidak terlalu basah.
2. Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.
3. Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan ke dalam daging tadi.
4. Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan. (Kalau kelapa parut,perahlah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat). Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair. Kalau tiada santan cair, masukkan air cili kisar tadi lebih2.
5. Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh, dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.
6. Setelah pekat masukkan asam keping. Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.
7. Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan-lahan supaya daunnya semua layu dan tenggelam.
8. Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.
9. Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira