Resipi Ayam Goreng Spicy Homemade, Rasa Macam Ayam Goreng McD!

Share

Hidangan Ayam Goreng Spicy pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Lebih-lebih lagi di zaman segala harga barang meningkat naik ni. Pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk menikmati juadah di restoran sebegitu. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Buat jugak kentang goreng

homemade. Fuhhh…Jimat & pasti puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Puan Yana ni.

 

AYAM GORENG RANGUP SPICY ALA MCD

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – potong saiz sederhana
  • Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedasbeli online disini
  • Sedikit air

 

BAHAN SADUR:

( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)

 

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.

2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.

 

3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.

 

4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.

5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.

6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Cik Puan Yana

Link asal resipi:https://goo.gl/Cdfyud

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur