Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas Ni Memang Sedap & Kena Cuba

Share

Menu Ayam Goreng Tomyam Pedas ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Malah cara memasaknya juga tidak susah serta bahan-bahannya juga mudah diperolehi. Sesuai sangat anda masak untuk berbuka puasa hari ini. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah. Moga bermanfaat buat semua.

 

CARA MASAK AYAM GORENG TOMYAM PEDAS SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong & bersihkan
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 1-2 paket perencah tomyam
  • 8 biji cili padi merah
  • 8 biji cili padi hijau
  • 1 batang serai – hiris serong
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 5 ulas bawang putih – hiris
  • 2cm lengkuas – dipotong
  • Lobak merah secukupnya
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan sos tiram (beli online disini)
  • 2 sudu makan sos ikan (beli online disini)
  • Serbuk perasa secukupnya (jika perlu)
  • Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMASAK
1. Bersihkan ayam dan lumur sedikit kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam hingga masak.
2. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Tumis hingga wangi dan kekuningan.


3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak dan pecah minyak.


4. Masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan jika perlu, boleh tambahkan garam serta serbuk perasa. Gaul rata.


5. Akhir sekali, masukkan hirisan lobak merah, ayam yang telah digoreng serta air. Biarkan mereneh sebentar hingga kuah sedikit kering.


6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

Join Telegram channel RASA https://t.me/majalahrasa & grup GENG RASA SHARE RESEPI https://t.me/rasashareresipi untuk dapatkan serta berkongsi pelbagai menu menarik setiap hari

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur