Makan

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas, Peminat Tomyam Kena Cuba

Share

Bagi peminat citarasa tomyam yang masam-masam pedas, resipi ayam goreng tomyam pedas ini wajib dicuba. Meski kelihatan ayam masak merah yang pasti rasanya berbeza.

Resipi ayam goreng tomyam pedas

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1-2 paket perencah tomyam
8 tangkai cili padi merah
8 tangkai cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)

Cara memasak

1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit Dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.

2. Menggunakan minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan tomyam)
tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.

3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.

4. Kemudian,masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam serta serbuk perasa jika suka. Gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam goreng, dan air setengah cawan air. Biarkan merenih sebentar dan sedikit kering. Tutup api, angkat dan hidangkan.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

Published by
Rose