Jika anda sukakan masakan India, sudah tentu anda akan gemarkan resipi yang admin kongsikan ini. Masakan ini rasanya lebih kurang seperti kari tetapi kuahnya lebih pekat dan ada rasa masam sedikit kerana menggunakan asam gelugur.

Tidak sukar untuk dibuat dan enak dimakan bersama nasi panas atau roti. Admin harapkan anda akan mencuba resipi ayam kadai yang ekstra mudah ini. Selamat memasak.

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 3-4 keping asam gelugur
  • 1 batang serai | dititik
  • 3cm lengkuas | dititik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 2 biji cili merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, lengkuas, serai dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air dan tumis lagi.
  3. Masukkan ayam dan air asam jawa. Didihkan.
  4. Tuang santan dan asam gelugor. Didihkan hingga semua bahan sebati dan masak.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

 

sumber foto: www.mareenasrecipecollections.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI