Sajian Ayam Kicap tentunya menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak yang tidak gemar sajian yang pedas. Menerusi perkongsian saudara Srezuan Nazlan Ismail, eliau telah berkongsi resipi Ayam ala 3 Budak Gemok yang menjadi kegemaran anak-anak. Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN RENCAH: 3 biji cili padi hijau 5 ulas bawang putih(beli online disini) 2 biji bawang besar (beli online disini) Halia 1-2 tangkai daun kari Rempah 3 sekawan ( kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama garam dan serbuk kunyit hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Ads
2. Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang besar, halia dan daun kari.
3. Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan juga rempah 3 sekawan.
Ads
4. Bila rencah sudah wangi dan agak garing, masukkan sos tiram dan kicap dengan secukupnya. Sebatikan. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram sudah memeberikan rasa masin.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Pajeri nanas selalu kita makan di kenduri kahwin. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap.
Jom try buat pajeri nanas untuk lauk berbuka puasa. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera. Tak perlu lauk lain pun tak pe dah.
PAJERI NANAS TERUNG
Bahan Kisar
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
Bahan Rempah
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
Bahan Asas
• Terung
• Nanas
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Linguine Vongole ( pasta linguine bersama sos kepah). Kalau dekat oversea, sajian asalnya menggunakan arak (wine). Resipi ni dan diolah menggunakan bahan-bahan halal. Jadi, penggemar pasta bolehlah cuba.
LINGUINE VONGOLE
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta linguine
500gm kepah | dibersihkan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh daun parsli | dicincang
1/2 sudu teh emping cili
4 sudu makan minyak zaitun
10 ulas bawang putih | dihiris halus
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus pasta linguine mengikut aturan yang tertera pada paket. Setelah masak, tos air dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak zaitun dan tumis hirisan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan kepah. Tumis lagi sehingga kepah separuh masak. Masukkan air dan biarkan mendidih dan kepah kelihatan masak sepenuhnya.
Masukkan pasta linguine diikuti garam, serbuk lada hitam, daun parsli cincang dan emping cili dengan secukup rasa. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan kepah betul-betul masak sebelum digaul bersama pasta.
Bubur nasi merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Cina dan sering dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian makan malam.
Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best!
BUBUR NASI BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm beras |di cuci bersih
1 liter air
Secubit garam
BAHAN-BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN:
2 ikat kangkung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
10 biji cili padi merah atau hijau
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1 kiub ikan bilis
125ml air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih.
Bubur ini dinikmati bersama jeruk asin, telur masin dan ikan kering.
Untuk menyediakan Kangkung Belacan, potong sayur kangkung dan cuci bersih.
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi sehingga lumat.
Ambil dua batang serai dan ketuk. Asingkan seketika.
Tumiskan cili dan bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tumis sehingga naik baunya.
Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
Masukkan kangkung dan gaul rata. Biar kangkung sedikit lembut dan segera tutup api.
Angkat dan nikamti bersama bubur nasi tadi.
IDEA LAUK YANG SESUAI DINIKMATI BERSAMA BUBUR NASI
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.