Sedapnya Ayam Masak Kicap Bercili, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan pada bila-bila masa. Pagi, tengahari dan malam. Tidak kira waktu. Anak-anak pun suka bila lauk kicap begini. Jadi bagi anda yang teringin nak makan, cubalah resipi ni. Sangat sedap. Jom cuba!

RESEPI AYAM MASAK KICAP BERCILI PALING SEDAP & MUDAH

Resipi Ayam Kicap Bercili. Sedap & Mudah Masak

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong ikut suka
Garam & serbuk kunyit secukupnya
2- 3 kuntum bunga lawang – beli online disini
1 batang kulit kayu manisbeli online disini
1/2 cawan air asam jawa @ 1 keping asam gelugur
Sedikit kicap manis beli online disini
2 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 batang serai – diketuk (jika ada)
1 1/2 senduk minyak masak
Sedikit bahan perasa

BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4- 5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh jintan manis
15 tangkai cili kering

BAHAN HIASAN:
1 biji bawang besar – potong bulat
10 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan kayu manis dan bunga lawang.
3. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing dan wangi.
4. Seterusnya masukkan kicap, gula dan air asam jawa atau asam keping. Tambahkan juga perasa.

Resipi Ayam Kicap Bercili. Sedap & Mudah Masak5. Bila sudah betul-betul naik minyak, masukkan ayam yang telah digoreng dan air.
6. Bila kuah mula kering, masukkan pula hirisan bawang dan cili padi.

Resipi Ayam Kicap Bercili. Sedap & Mudah Masak 7. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin, tambah sedikit kicap masin.
8. Ayam Masak Kicap Bercili sedia untuk dihidang.

Resipi Ayam Kicap Bercili. Sedap & Mudah Masak

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Mee Kari Chinese Style. Pekat, Berempah Memang Sedap

Koleksi Resipi Lauk Kampung Yang Sedap & Mudah

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Cara Buat Jagung Cawan Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Ads

Resipi Popia Vietnam. Sedap, Mudah & Lebih Jimat

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Ads

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI