Kalau dah tak tahu nak masak apa untuk keluarga, boleh cuba buat resipi ayam kicap madu pedas ini. Tak sampai 5 minit, confirm licin pinggan. Resipinya cukup mudah dan sangat sedap. Kalau nak tahu macam mana rasanya, jom kita cuba buat menu ini menggunakan resipi yang dikongsi oleh Zana Mokhtar.
Apam balik yang nipis dan kecil ni selalunya dijual di pasar malam. Kadangkala di majlis kenduri kahwin pun ada disediakan apam balik kecil ni. Rasanya manis dan memang sesuai untuk dijadikan kudapan.
Seorang wanita yang menggunakan facebook Deyana Hatazad telah berkongsi resipi apam balik mudah untuk disediakan. Lagi senang apabila nak memasaknya hanya menggunakan kuali biasa tanpa perlu kuali khas untuk membuat apam balik. So, korang pun boleh try buat nanti ya.
APAM BALIK
BAHAN-BAHAN
1 biji telur ayam
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning (tak letak pun tak apa)
2 cawan tepung gandum
Sedikit yis
Mentega | untuk masak
BAHAN TABUR
Kacang tanah (goreng, tumbuk dan kisar )
Mentega
Gula perang
Jagung krimer
Chocolate chips
Badam
Choclate rice
CARA MEMBUAT
1) Putar telur, gula perang, soda bikarbonat dan baking powder selama 5 minit. Masukkan air dan pewarna kuning. Kacau lagi.
2) Masukkan tepung gandung dan yis. Kacau sekejap dan biarkan 5 minit.
3) Lengserkan mentega di kuali dan letak 2 senduk adunan tadi.
4) Letak BAHAN TABUR ikut kretiviti. Biarkan nampak garing di tepi baru lipat dan keluarkan.
Lasagna kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam menu masyarakat kita. Hidangan barat ini malah menjadi kegemaran ramai apabila citarasanya diberi suntikan tempatan. Ini salah satu resipi mudah untuk dicuba.
BAHAN-BAHAN:
300gm daging hancur | ditumis bersama bawang besar hingga empuk
1 biji cencangan bawang besar
200ml sos bolognaise
6 keping pasta lasagne | direndam air panas sehingga lembut
100ml sos bechamel
30gm keju Mozarella
10gm keju Parmesan
CARA MEMASAK:
1. Sediakan acuan seramik atau logam. Letakkan sekeping lasagne lalu ratakan sos bolognaise di atasnya.
2. Kemudian, taburkan daging hancur. Tuang pula sos bechamel dan ratakan. Ulang langkah yang sama sehingga selesai.
3. Seterusnya, taburkan kedua-dua keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180˚C selama 20 minit.
4. Keluarkan, telangkupkan di atas pinggan dan terus dihidangkan panas bersama salad sega
INFO CHEF: Sos bechamel merupakan sos yang dihasilkan daripada susu, roux dan bawang. Dididihkan sehingga pekat menjadi sos yang kental.
Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .
Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Foto : canacopepgdl;.com
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.
IKAN JENAHAK KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
1/2 cawan minyak sayuran
1/4 cawan hirisan halia segar
2 biji bawang merah | cincang
1 biji cili merah | hiris
2 sudu makan kicap soya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK: 1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan. 3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef:Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Moden Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji lemon | buang kulit dan biji
1 inci halia segar | buang kulit
10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat. 2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.