Bagi penggemar menu Ayam Kicap, resipi perkongsian saudari Maya Miera ni tentunya anda harus cuba. Lain dari Ayam Kicap yang bias akita makan tu. Bahan-bahan penyediaannya tidak terlalu sukar dan kebanyakannya memang sudah sedia ada di dapur. Kombinasi rasa pedas dan manis menjadikan sajian ini digemari ramai. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
Terung ungu ada pelbagai jenis dan saiz. Pelbagai menu boleh dihasilkan melalui terung. Tak sangka, sedap betul terung ungu kecil goreng bertuna ini.
Saiznya kecil sahaja, tapi sekali gigit pasti nak lagi. Dapat pula cicah dengan sos cili atau mayones, memang tak pandang kiri kanan lagi dah. Serasi pula terung dengan rasa tuna. Salutan tepung Bestari pedas tu lagi buatkannya bertambah sedap.
Ikuti resipi Terung Goreng Bertuna hasil perkongsian daripada Puan Sue Zakaria ini. Memang sedap! Jom kita buat.
Biasa kita sering dihidangkan dengan pulut durian malah rata-rata menyukainya. Tak salah kalau kita tukar selera dengan menikmati pulut nangka yang tidak kurang enaknya. Rasa lemak manis memang buat korang suka , tak percaya boleh cuba nikmatinya sendiri.
NANGKA PULUT LEMAK BERKUAH
Bahan-bahan:
10-12 ulas nangka – buang biji tapi jangan belah habis, belah bahagian atas saja untuk keluarkan biji 2 cawan pulut – rendam & toskan 1 1/4 cawan santan cair 2 helai daun pandan – siat & simpul 1 sudu makan gula 1 sudu teh garam
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali nangka di dalam periuk lalu tanak hingga masak. Buang daun pandan. Sejukkan pulut kemudian kepal-kepalkan. 2. Pulut yang dah dikepal sumbat dalam nangka. Jika suka boleh kukus nangka tersebut dalam lima minit. Kalau suka nangka rangup tak perlu kukus.
Bahan-bahan kuah:
2 cawan santan pekat 1 cawan nangka – kisar halus 1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis) 1/2 sudu teh garam halus 2 helai daun pandan – siat & simpul
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk lalu didihkan hingga pekat. Sentiasa kacau kuah masa memasak supaya santan tak pecah. 2. Tuang kuah atas nangka pulut tadi. Enjoy!
Anda hanya ada masa dalam masa 30 minit untuk memasak hidangan berbuka puasa petang ni? Apa kata anda sediakan menu hidangan ayam fusion yang sedap, ringkas dan sihat ini. Percayalah tidak sampai 20 minit hidangan pasti tersedia dimeja.
AYAM CENDAWAN SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm hirisan isi dada ayam | diperap 15 minit dengan serbuk lada putih dan garam
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.