Pernah cuba sajian Ayam Kukus Kicap? Resipi perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap. Memang senang sahaja cara memasaknya. Bagi anda yang sukakan lauk pauk yang lebih sihat, resipi ini tentunya boleh dicuba. Sesuaikan sahaja dengan cita rasa. Anda pasti makan dengan penuh selera.
CARA MASAK AYAM KUKUS KICAP, MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN (kuantiti bahan ikut jumlah ayam yang digunakan):
1. Cuci bersih ayam dan buang tulangnya. Toskan. 2. Hiris halia dan bawang putih. 3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sampai naik bau dan keperangan. Angkat dan ketepikan. 4. Masukkan ayam tadi ke dalam minyak tumisan tadi. Biar dalam 1-2 minit. 5. Kemudian terbalikkan ayam, masak sisi satu lagi selama 1-2 minit biar masak sempurna. Guna api besar, tutup penutup kerana ayam akan meletup-letup. Jangan masak lama nanti ayam hangus.
NOTA: nak terus kukus ayam pun boleh, tapi empunya resipi suka masak seketika sebab suka aroma tumis.
4. Sediakan mangkuk, masukkan garam, kicap manis, sos tiram (jika suka), minyak bijan, lada hitam dan chicken seasoning.
5. Kacau sebati dan perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Nak letak sedikit kicap masin pun boleh. Sesuaikan ikut selera. 6. Panaskan air kukusan, kukus ayam sehingga masak. 7. Bila ayam sudah masak, angkat dan hiris ayam menjadi kepingan.
8. Tuang sedikit kicap manis diatasnya. 9. Hiris cili padi dan limau kasturi kemudian tabur atas ayam. 10. Ayam Kukus Kicap sedia untuk dinikmati.
Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya. Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah cuba .
DAGING SEMUR ALA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal
12 tangkai cili kering | digunting serong
4 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
5cm halia | dihiris memanjang
50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit
Kemudian goreng daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
Seterusnya masak bahan tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga wangi.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan cuka diikuti daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga semua bahan sekata dengan daging.
Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Akhir sekali, masukkan biji ketumbar. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Elakkan menggoreng daging terlalu garing kerana daging akan menjadi liat dan kering.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Sedikit pedas dan berempah
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis
Anggaran harga: RM22.00
GULAI IKAN DAUN GELUGUR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana | dipotong kecil
10 biji cili padi merah | dikisar
10 biji cili padi hijau | dikisar
2cm kunyit | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
8 helai daun asam gelugur
Santan cair secukupnya
250ml pati santan
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Daun asam gelugur dimayang halus dan dicelur di dalam air panas sekatika. Ramas dan buang sedikit airnya. Ketepikan.
2.Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan santan cair secukupnya. Masak seketika sehingga ikan kelihatan agak masak.
Seterusnya masukkan pati santan. Kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Setelah kuah kelihatan agak pekat, masukkan hirisan daun asam gelugur.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Daun asam gelugur berfungsi memberikan rasa masam pada hidangan. Jika tiada, gantikan dengan asam keping.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Isi ikan yang lembut serta kuah yang mempunyai harum daun gelugur
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM12.00
PAJERI REBUNG UTARA
BAHAN-BAHAN:
2 batang rebung muda | dipotong kecil dan dikelar sedikit
1 bungkus kecil rempah kari daging
400ml santan pekat
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
3 ulas bawang merah | ditumbuk halus
2cm halia | ditumbuk halus
Sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk diikuti rempah kari, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan rebung. Masak seketika sehingga rebung kelihatan serasi dengan kuah.
Masukkan antan, udang kering, kerisik, garam dan gula dengan secukup rasa.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih enak, celur rebung seketika. Toskan air rebusan dan barulah dimasak.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa rebung segar yang manis
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM10.00
UDANG TEMPOYAK KUALA KANGSAR
BAHAN-BAHAN:
1/2kg udang segar bersaiz sederhana
3 ulas bawang putih | dikisar
4 ulas bawang merah | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1cm kunyit hidup | dikisar
5 sudu makan tempoyak
800ml air
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan tempoyak. Kacau rata.
Seterusnya masukkan udang, daun kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan sehingga udang masak.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jumlah tempoyak dan cili padi boleh diubah mengikut cita rasa anda.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Pedas dan enak
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM17.00
KARI UMBUT PISANG DAN TETEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging tetel | dihiris nipis
2 batang umbut pisang lembut | dibersihkan dan dipotong serong
50gm serbuk kari daging
4 sudu makan kerisik
5 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
250ml air
400ml santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaul daging bersama serbuk kari dan kerisik. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
Masukkan sedikit air dan daging. Masak sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan daging empuk.
Tambahkan umbut pisang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah umbut kelihatan lembut, angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Penggunaan daging tetel yang berurat dan sedikit berlemak memberikan rasa yang lebih enak.
Saiz hidangan: 7 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kombinasi daging dan umbut yang mempunyai rasa tersendiri
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM25.00
KUIH BARONGKO
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang raja atau nipah ranum | dikupas dan dibuang bahagian hitam di tengahnya
2 biji telur | dipukul sedikit
150ml santan
50gm gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan | dipotong sepanjang 10cm
Daun pisang dan lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
Daun pisang dilayur sedikit dan digunting anggaran 30x15cm.
Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan gula pasir, telur, garam, esen vanila dan juga santan. Kacau hingga sebati.
Ambil daun pisang dan letakkan daun pandan. Sudukan adunan pisang tadi dengan secukupnya. Bungkus dan sematkan dengan lidi dengan kemas. Ulang langkah sehingga adunan habis.
Kukus kuih barongko selama 30 mint atau sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Kuih ini juga boleh di kukus dalam loyang.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kuih yang lemak dan tidak terlalu manis
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Kukus
Anggaran harga: RM8.00
BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
200gm gula merah
16 sudu makan gula
750ml santan
100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
Enak dinikmati panas.
Info chef: Pastikan ubi kayu diparut dengan halus bagi mendapatkan tekstur kuih yang cantik.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Lemak, manis dan lembut
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Kukus
Anggaran harga: RM12.00
KERJASAMA: PUAN SHARIFAH MARIAM BINTI SYED SHAFIE DARI DUNGUN, TERENGGANU.
Ayam panggang atau ayam golek memang jadi kegemaran ramai. Pergilah kemana sahaja pasar malam, pasti ada menu ini yang dijual. Harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba masak Ayam Panggang homemade untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Sitjua Jua ni antara yang paling mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM PANGGANG HOMEMADE PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
Garam secukup rasa
1 sudu makan kicap
BAHAN PERAP:
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perap dan kisar halus.
2. Bersihkan ayam, lumurkan dengan garam secukupnya. Kemudian perap dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Gaul sekata supaya sebati. Perap. Untuk rasa lebih sedap, disarankan perap semalaman.
4. Untuk memasak, boleh dipanggang menggunakan air fryer menggunaka suhu 170C selama 30 minit. Jika tiada, boleh panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang lain.
Resipi mi hailam ini memang sedap. Sebenarnya boleh guna bihun atau mi kuning tapi dalam resipi ini, dua-dua digunakan. Apa pun terpulang pada selera lah ye.
Boleh tengok resipi yang dikongsikan oleh Wan LuQmanini ye.
Goreng mi bersama dengan sedikit kicap karamel. Kalau tak ada kicap karamel, ganti dengan kicap pekat atau kicap manis pun boleh.
Goreng-goreng sekejap je, guna api kuat sebab nak aroma hangit.
Sama juga macam bihun. Bihun ni kalau boleh celur separa lembut ye, jangan sampai lembut sangat.
Untuk memasak kuah; Tumis bawang putih sampai garing, lepas tu masukkan rencah pilihan. Untuk resipi ini, digunakan daging, mi hailam sedap kalau letak daging.
Masukkan air, ini kuah untuk 2 orang makan lebih kurang 500ml. Kalau korang nak buat untuk 1 orang atau lebih, boleh adjust ye.
Masukkan bancuhan kicap.
Tambah sedikit stok ayam, garam, gula.Last sekali, masukkan sayur pilihan, cili padi, cili merah.