Makan

Resipi Ayam Kunyit Berlada, Lauk Paling Senang & Sedap. Tak Perlu Lauk Lain Dah

Share

Resipi ayam kunyit berlada ini sesuai sangat dibuat kalau perut tengah lapar dan nak masak cepat.  Ayam kunyit saja pun dah sedap, inikan pula ada sambalnya.

Lauk ringkas ini saja dah cukup menyelerakan bila makan dengan nasi panas. Kalau nak versi paling sedap boleh ikut perkongsian Suzilawati Alias.

Resipi ayam kunyit berlada yang senang dan sedap

1. Ayam dipotong kecil. Perap seketika dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.

2. Sediakan bawang merah, bawang putih, cili api, lada besar dan halia. Kisar atau guna chopper.

3. Goreng ayam terlebih dulu. Bila sudah kekuningan, angkat dan ketepikan.

4. Tumis bahan dikisar menggunakan minyak goreng ayam tadi. Kemudian masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Gaul.

6. Masukkan ayam goreng.

7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri, hirisan lada benggala hijau. Gaul sekata.

8. Siap! Makan dengan nasi panas ‘sumpah’ sedap!

Selamat mencuba

Sumber: Suzilawati Alias

 

Published by
Rose