Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari hari ni? RASA kongsikan menu Kurma Ayam yang mudah dan ringkas perkongsian Puan Mariana Zainal. Bagi yang baru nak belajar masak pun boleh cuba resipi ni. Sangat senang nak dicuba. Anda pasti puas hati.

 

AYAM MASAK KURMA

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/ 2 ekor ayam –  potong ikut suka
  • 5 biji ubi kentang – potong ikut suka
  • 2 biji tomato – potong ikut suka
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut – kelapa parut kisar dengan 3 cawan air. perah ambil santan
  • 10 biji padi – hiasan
  • 2 biji cili merah – potong serong (hiasan)
  • 2 senduk minyak masak
  • 3-4 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bawang besar -hiris
  • 5 ulas bawang putih -hiris
  • Sebesar ibu jari halia – hiris

BAHAN PES:

  • 3 paket kecil rempah kurma
  • 1 sudu makan ( rata) garam
  • 1/2 sudu teh bahan perasa ( ajinomoto)
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan air
    (Kacau semua bahan hingga jadi pes)

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak masak.Tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kurma. Tumis hingga betul-betulnaik minyak.
  3. Masukkan ayam dan kentang.Gaul sebati dan masukkan santan.
  4. Bila dah mendidih,kacau-kacau sedikit. Biar mendidih sepenuhnya, ayam dan kentang dan masak serta lembut, masukkan tomato dan cili padi/cili merah. Sesuaikan rasa dengan perasa.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Ayam Kurma Paling Mudah & Ringkas Untuk Orang Baru Nak Belajar Masak.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI