Resipi ayam lemon rangup ini kalau dimasak dan dihidangkan di rumah confirm akan jadi kesukaan anak-anak.
Rasanya yang masam manis dan sedikit pedas bersama ayam rangup cukup sedap sekali. Ayam lemon ini boleh dijadikan lauk atau diratah begitu saja pun boleh.
Ayam – dibersihkan dan dipotong
Tepung ayam goreng Bestari
Bawang putih
Sos lemon
Cili flakes
Garam
Gula
Bijan (sagai dulu)
1. Masukkan ayam dalam bekas, kemudian tuang tepung ayam goreng. Gaul hingga semua ayam disaluti tepung.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup dan masak. Sekiranya menggunakan ayam saiz besar, pastikan api tidak terlalu kuat agar bahagian dalam ayam masak sekata.
Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya boleh buat sos lemon, kupas bawang putih dan cincang halus.
4. Kemudian, sangai bijan sehingga kekuningan dan ketepikan.
5. Di dalam kuali, tumis bawang putih menggunakan mentega. Pastikan api perlahan supaya tidak cepat hangus.
6.Masukkan cili flakes dan kacau sehingga sebati.
7. Tuangkan sos lemon. Sekiranya kuantiti ayam banyak, boleh tuang semua sos. Sos akan rasa masam, manis dan sedikit pedas.
8. Masukkan ayam goreng rangup dalam kuali dan gaul sebati.
9. Akhir sekali taburkan bijan di atas ayam. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Siti Nornaim Keng
Artikel berkait: Salad Ayam Lemon Lada Hitam, Lengkap Protein & Sayur