
Resipi ini asalnya dari Korea cuma diolah sedikit mengikut selera orang kita. Tidaklah terlalu sukar untuk dibuat dan bahannya juga mudah untuk didapati. Hidangan ini boleh disediakan dalam masa 20 minit. Boleh dimakan begitu saja atau dinikmati bersama nasi. Untuk yang sedang berdiet, anda boleh gantikan nasi dengan tortila atau roti serat.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | dibersihkan (bahagian dada)
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 3 inci halia
- Garam dan gula
- 3 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan bijan | digoreng tanpa minyak
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
- Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Buttermilk Sedap Lemak Berkrim

Ayam buttermilk yang sedap ini mudah saja cara penyediaannya. Musim cuti sekolah begini, tentu ramai mak yang pening memikirkan apa hidangan untuk dimasak kepada anak-anak di rumah.
Anak-anak pula kebanyakannya memang suka makan ayam. Tapi kalau asyik masak ayam goreng saja pun bosan juga. Nak juga variasikan masakan.
Resepi ayam buttermilk ini pastinya menjadi kesukaan anak-anak kerana rasanya yang lemak manis. Memang sedap. Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun turut menyukaikan.
Jom semak bahan-bahan dan cara membuat ayam buttermilk yang sedap ini oleh puan Ummi Azilla
BAHAN-BAHAN AYAM BUTTERMILK:
3 ketul ayam bahagian dada – dipotong kecil sebesar ibu jari
BAHAN PERAP:
1/2 cawan tepung Bistari
1 biji telur
Sedikit air (secukupnya)
BAHAN SALUT:
1 cawan tepung Bistari
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/3 sudu teh garam
1/3 sudu teh serbuk cili
BAHAN UNTUK KUAH AYAM BUTTERMILK:

4 sudu makan buttercup@ 125gram
2 tangkai daun Kari
1 tin susu cair
7 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
2 labu bawang besar – dihiris halus
1sudu teh garam atau secukupnya
1/3 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan gula perang
Sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa
1 Sudu makan tepung gandum – bancuh dengan 200ml air
10 biji cili padi – ditumbuk kasar (pilihan)
CARA MEMASAK:
1.Ayam yang telah dipotong kecil tadi diperap dengan bahan perap selama 1 jam, kemudian digaul @ disalut dengan bahan salut dan digoreng hingga keperangan, angkat dan toskan. Ketepikan.
2.Cairkan mentega, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun Kari sehingga keperangan.
- Masukkan susu cair, garam, gula dan Maggie cukup rasa, Kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung jagung, Kacau sehingga likat.
- Angkat, tuangkan di atas ayam goreng tadi, siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
5 Sajian Cina Lazat dan Popular di Tahun Baru Cina

Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina , tentulah macam-macam sajian Cina memikat selera. Resipinya mudah dan ringkas, dan yang min perhatikan mereka amat menjaga kesegaran bahan ramuan dan tidak terlebih masak.
Kalau lauk sayuran masih hijau lagi warnanya dan kalau ikan atau makanan laut rupa dan rasa amat berjus sekali. Jom kita cuba 5 sajian ini seperti yang dikongsikan dari restoran Cina Muslim ,Restoran Haslinda Sim.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakapBahan untuk di kisar:
- 100 gm bawang putih
- 100 gm bawang besar
- 50 gm serai
- 100 gm lada merah
- 150 gm cili boh
- 5 keping asam keping
- 50 gm asam Jawa
- 50 gm air limau nipis
- Garam secukup rasa
Bahan dibawah ikut citarasa(dipotong kasar dan digoreng):
- Kacang panjang
- Kacang bendi
- Tomato
- Bawang Besar
- Lada Merah
CARA MEMASAK:
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning
2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
3.Campur sedikit air jika rasa agak kering.
4. Masukkan Ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)

BAHAN-BAHAN :
- 100 gm bawang putih
- 100 gm lada merah
- 50 gm cili kering
- 50 gm serai
- 50 gm belacan
- 50 gm udang kering
* Bahan di atas dikisar satu persatu
- 2 ekor udang galah
- 50gm cili boh
- 250ml susu cair
- Beberapa helai daun kari
- Garam secukup rasa
- 2 sudu minyak masak
Cara Memasak:
1. Udang Galah yang sudah dicuci bersih dan dibuang usus di belakang, digoreng separuh masak
2. Pijarkan minyak masak. Bahan-bahan yang di kisar satu persatu ditumis hingga kuning
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang digoreng
4. Masak hingga sebati dan naik minyak.
5. Siap untuk dihidangkan.
3. AYAM MASAK PORTUGIS

BAHAN-BAHAN :
- 300gm daging ayam | digoreng separuh masak
- 15gm lada hitam
- 50 gm majerin
- 100gm sos cili
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar susu cair
CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan Lada hitam, sos cili, gula hingga wangi
3 .Masukkan ayam gaul hingga sebati
4. Masukkan susu cair, masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan
4. PUMPKIN BEANCURD

BAHAN-BAHAN:
- 2 batang tauhu jepun
- ¼ labu kuning
- ½ paket cendawan putih Shimeji
- 200gm brokoli
- 1 ulas bawang putih
- Minyak untuk mengoreng
- Sedikit stok ayam secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak goreng sehingga kuning
Cara memasak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinyanya menggunakan sudu dan buang kulitnya
Isi labu dikisar halus.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kuning
6. Masukkan labu yang dikisar tadi kacau mengikut suka pekat atau cair.
7. Sambil dikacau masukkan garam dan stok ayam cukup rasa.
Cara menyediakan brokoli :
8. Rebus brocoli dengan sedikit minyak.
9. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
10. Letakkan tahu ditengah pinggan kemudian
11. Siramkan dengan sos labu tadi.
12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN

BAHAN-BAHAN :
- 300gm sayur kailan
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak masak
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan sos tiram
CARA MEMASAKNYA:
1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dalam minyak penuh dan ditoskan agar nampak garing.
3. Tumiskan bawang putih dan kemudian gorengkan batang kailan. Masukkan garam usah terlalu banyak diikuti sos tiram *sos tiram juga memberi rasa masin
4. Kemudian taburkan daun sayur kalian yang digoreng garing tadi, ke atas batang sayur kailan.
5. Siap untuk dihidangkan
Resipi : Bohari Rahmat, Restoran Haslinda Sim,Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, Bandar Baru Bangi, Selangor
Rahsia Kurma Ayam Terlajar Sedap, Boleh Cuba Ni.

Tak suka pedas, anda boleh cuba masak Kurma Ayam. Di hujung minggu ni bolehlah buat lebih kerana kurma bukan hanya enak dimakan dengan nasi putih, tetapi juga sedap disajikan bersama roti jalan, roti, nasi impit atau roti prata atau canai frozen. Macam mana nak memasaknya, berikut dikongsikan resipinya, bolehlah cuba ye.
AYAM MASAK KURMA:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | potong 14
3 sudu makan rempah kurma
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1litter santan segar
Rempah penumis | bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 biji tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
2 biji cili merah | belah dua
1 biji air perahan limau nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
- Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan kentang.
- Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan.
- Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
- Akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis dan masukkan hirisan tomato dan cili.
- Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.
INFO: Anda boleh tambahkan buah keras yang dikisar untuk memekat dan melemakkan lagi kuah kurma.
Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/dua-menu-ayam-sedap-paling-senang-masak-comfirm-sekeluarga-suka/
https://www.rasa.my/tak-rugi-masak-ayam-serai-thai-ni-sedap-padu/
https://www.rasa.my/ayam-masak-cili-hijau-petai-padu-sedapnya-gerenti-makan-bertambah/
https://www.rasa.my/cara-masak-ayam-panggang-homemade-sedap-macam-di-bazar/

