Resipi ini sangat praktikal dan sedap. Sesuai jika anda masakkan untuk anak-anak yang kurang gemar untuk makan nasi. Hidangan ini boleh membangkitkan selera dan tidak perlu gunakan cili kering jika tidak mahu rasa pedas.

Anda boleh gunakan resipi ini untuk membuat kuah sizzling yee mee atau nasi claypot. Jika kurang sukakan ayam, protein boleh digantikan daging atau makan laut seperti udang dan sotong.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 ekor ayam | dipotong lapan
  • 4 biji cendawan hitam kering | direndam
  • 50gm cendawan hitam | direndam
  • 5 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak bijan
  • 2cm halia | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 tangkai cili kering | dipotong kasar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam sekiranya perlu
  • Sedikit kicap
  • Sedikit air

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, sos tiram, air dan sedikit kicap. Gaul rata. Biarkan seketika sehingga isi ayam empuk.
  3. Masukkan cendawan kering, cendawan hitam dan cili kering. Masukkan juga sedikit minyak bijan. Gaul rata.
  4. Perasakan dengan garam jika perlu. Biarkan sebentar sebelum api ditutup.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI