Daun ketumbar merupakan salah satu tanaman yang berbau harum atau sebagai penyedap yang dapat dimanfaatkan dalam menambah cita rasa masakan. Selain dapat menjadi alternatif menu penyedap masakan, ternyata daun tanaman beraroma ini juga dapat dijadikan salah satu herbal tradisional yang menyihatkan.
Lebihan daun ketumbar yang nak layu jangan dibuang, idea masakan ini di kongsikan oleh Hanaeza Aez yeng menggunakan daun ketumbar sebagai bahan utama dalam resipi ayam masak hijau ni. Cubalah!
AYAM MASAK HIJO
Bahan-Bahan:
- Ayam 1 ekor.
- Bawang Besar yang betul-betul besar 2 biji.
- Bawang Putih 6 biji.
- Halia sebesar ibu jari masing-masing. Hehe.
- Lada Hijau 6 biji.
- Daun Ketumbar beberapa helai.
- Garam.
- Manisan Asli.
Cara Memasak:
- Potong ayam, letak garam ngan kunyit. Goreng.
- Sambil tunggu ayam siap goreng, kisar Bawang-bawang, Lada, Halia, Daun Ketumbar tu.
- Tumis bahan yang dah siap kisar tu. Masukkan air kalau rasa macam kering sangat.
- Sementara masak kuah ni, ayam dah siap goreng.
- Bila bahan tumis tadi dah keluar minyak, masukkan ayam yang dah siap goreng tadi.
- Kacau sampai rata.
- Kalau nampak macam tak cukup rasa Daun Ketumbar, potong lagi sikit daun tu lepas tu tabur je.
- Masukkan garam ngan manisan asli.
- Kacau ratakan semua.
Siap!
Hijau je kan lauk kita. Takyah pakai pewarna pun. Hijau ORI dengan efek rasa Daun Ketumbar kat hujung lidah…
Kongsi resipi: Hanaeza Aez