Resipi ayam masak kicap kenduri ini boleh dicuba jika teringin menikmati ayam kicap yang sedap. Paling enak dimakan dengan nasi panas dan segelas sirap ais, macam makan kenduri. Memang kombinasi yang padu!
Ayam kicap ini pastinya kena dengan selera ramai kerana pekat, manis dan pedas cukup rasa di samping aroma rempah yang menambahkan keenakannya.
½ ekor ayam -dipotong
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
3 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
½ sudu besar pes asam jawa -dibancuh dengan sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Kicap manis secukupnya -anggaran mengikut warna dan rasa
1-2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar -dihiris bulat, jika suka
Minyak untuk menggoreng
3-4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Cili giling (ikut tahap kepedasan yang diingini)
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan gula (anggaran 2-3 sudu besar). Tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.
4. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan bancuhan asam jawa, sedikit garam, dan gula jika perlu.
5. Tuangkan kicap manis secukupnya untuk memberikan warna dan rasa yang seimbang. Pastikan tidak terlalu banyak supaya tidak terlalu manis atau masin. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
6. Jika suka, boleh masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Masak sebentar hingga bawang sedikit layu.
7. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan daun kari. Gaul rata dan biarkan ayam menyerap kuah sebentar dengan api kecil. Siap!
INFO: Jika mahu sambal lebih banyak, lebihkan bahan kisar
Kredit resipi & foto: Zulfi Azfar
Baca Lagi: Resipi Ayam Masak Kicap Pekat Pedas Melekat, Makin Sedap Walau Tak Berkuah