Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat, Confirm Habis Licin Bila Hidang

Share

Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat antara menu yang sentiasa disukai ramai. Cara masakannya ringkas sahaja tetapi menu ini punya aura yang tersendiri. Bila masak, memang akan habis selain menjadi menu kegemaran seisi keluarga. Bahan-bahan pun tidak banyak. Ada berbagai versi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat, kali ini kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS PEKAT

BAHAN-BAHAN

Ayam (dicuci bersih)
8 sudu besar cili kisar
1 biji kentang (dibelah panjang)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil rempah sup
1 biji tomato (dibelah)
1 biji bawang merah (potong bulat) – BELI ONLINE
1 biji cili merah (potong serong) –BELI ONLINE
1 biji cili hijau (potong serong)
1 sudu kecil pes asam jawa + 1 cawan air (air asam jawa)
½ cawan kicap manis
Gula –BELI ONLINE
1 kiub ayam  (jika perlu)

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan (Angkat dan ketepikan)

2. Kemudian, gorengkan ayam sehinga masak (angkat dan ketepikan).

3. Keluarkan sedikit minyak. Gunakan minyak yang sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak.

5. Masukkan rempah sup, kicap, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan biarkan masak seketika.

 

 

 

6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi, bawang merah, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

 

 

7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Sumber kredit: Nurul Ateekah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has