Selain ayam goreng, ayam masak kicap, rendang ayam dan ayam masak lemak cili api, kita juga boleh cuba resipi ayam masak lemon.
Ayam ini mempunyai cita rasa unik kerana dimasukkan jus lemon dan kulit lemon. Justeru, bagi penggemar rasa masam-masam limau, sesuai sangat untuk mencuba resipi ini.
Melalui facebook, Nur Hazlina Othman telah berkongsi resipi ini. RASA kongsikan di sini untuk tatapan anda semua.
BAHAN PERAP AYAM
400 gram isi ayam (hiris nipis)
1 sudu kecil coarse blackpepper
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil sos blackpepper
2 sudu besar kicap manis
CARA PERAP AYAM
1. Ayam digaul dengan semua bahan selama 30 minit.
BAHAN GORENG AYAM
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT
1. Gaul kedua-dua tepung dalam pinggan. Ketepikan.
BAHAN SOS
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil lemon zest/kulit lemon
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil gula perang
CARA MEMBUAT SOS
1. Dalam mangkuk, gaul semua bahan sos. Ketepikan.
BAHAN TUMIS
2 cm salted butter
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 inci halia (hiris halus, kemudian tumbuk)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak untuk goreng ayam. Ambil ayam yang sudah diperap tadi. Salut dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung. Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan. Angkat. Kalau ingin lebih rangup ayamnya, buat style korea. Angkat lima minit, kemudian masukkan semula ayam dalam minyak panas.
2. Untuk masak sos, panaskan kuali kemudian masukkan mentega. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah keperangan, masukkan bahan sos yang sudah dibancuh tadi.
Tambahkan sedikit air dalam ½ gelas. Rasa dulu. Kalau kurang rasa, tambah garam.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Kaup balik supaya rata, kemudian tutup api.
5. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Hazlina Othman