Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin, Memang Sedap

Share

Kalau makan di kenduri kahwin, lauk ayam masak merah selaluya mesti ada dihidang. Ayam masak merah di kenduri mesti sedap, kan? Jom kita try buat nak?

RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan Utama
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar


Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)

Cara membuat
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perasakan garam jika perlu.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.

 

Resipi oleh Salimah Olie dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas