Resipi Ayam Masak Thai Super Sedap & Mudah Masak.

Share

Sedapnya Ayam Masak Thai ni. Jika dah jemu dengan menu Ayam Pedas, Ayam Halia, Ayam Sambal, Ayam Kicap dan sebagainya, apa kata hari ni cuba menu mudah perkongsian saudari Mleisya Scarf Comel Sokmo. Bahan nak masak sangatlah ringkas. Rasanya memang sangat

sedap. Jadi anda kena cuba. Dijamin tak menyesal punya.

 

CARA MASAK AYAM MASAK THAI

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – dilumur garam & kunyit
  • 1 biji cili merah
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 3 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMIS:

  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 2cm kunyit hidup
  • 5 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.



2. Masak bahan tumis sehingga naik minyak. Seterusnya masukkan serai dan bawang besar. Gaul rata sambil diperasakan dengan sos tiram dan sos ikan.

3. Kemudian masukkan ayam goreng dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.

4. Bila ayam dah masak dan sekata dengan bahan tumis, masukkan daun limau purut dan hirisan cili merah. Gaul hingga sekata.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.


.

Kredit resipi & foto: Mleisya Scarf Comel Sokmo

Published by
Nur