Makan

Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Share

Kalau anak-anak di rumah suka makan ayam, memang kena sediakan pelbagai lauk ayam untuk dicuba. Salah satu yang boleh masuk dalam senarai adalah ayam masak Thai.
Masakan ini sedia sedap walau tidak dimasukkan garam dan gula kerana sos yang ada sudah melengkapkan rasanya.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
1 batang serai – diketuk
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb sos ikan
4 helai daun limau purut – koyakkan
1 biji tomato – potong wedges
Air secukupnya
Bawang holland – dihiris
Cili padi – dihiris

Bahan tumbuk

5 tangkai cili padi
1 biji bawang merah – sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak

1. Perap ayam dengan garam kunyit. Goreng sehingga garing. Ketepikan.

2. Panaskan lebihan minyak goreng ayam, tumis serai dan bahan tumbuk hingga garing.

3. Masukkan sedikit air, sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Masak sehingga pekat.

4. Masukkan pula daun limau purut dan tomato. Gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang holland dan cili padi. Gaul rata selama 2-3 minit kemudian boleh matikan api. Siap!

Kredit resipi & foto: Tiesha Abdul Rahman

 

Published by
Rose