Buat peminat masakan Jawa, anda pasti akan in love dengan resipi ayam masak ungkep ni. Rasanya sedap dan kalau makan pasti tak cukup sepinggan nasi.

Untuk membuatnya tidaklah sesusah mana. Bahan-bahannya juga senang nak dapat. Untuk anda yang teringin untuk mencuba, anda boleh gunakan resipi ini sebagai panduan. Selamat mencuba.

Ads

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | dipotong 10
  • 2 batang serai | dititik
  • 750ml air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1/2 keping asam gelugur
  • Minyak masak secukupnya

 

Ads

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 7 biji cili padi
  • 3cm kunyit
  • 3cm halia
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap. Gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
  4. Tambahkan asam gelugur, air, garam ,gula dan bahan perasa dengan secukupnya. Tutup kuali.
  5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus atau hancur.
  6. Apabila kuah kelihatan kering dan ayam empuk, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI