Bagi anda yang gemarkan masakan gaya India, menu Ayam Pakora yang mudah dan ringkas ini memang patut dicuba. Isi ayam yang diadun dengan rempah serta digoreng rangup ini pastinya memukau selera anda. Kena cuba!
AYAM PAKORA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 labu bawang besar | dicincang
- 2 biji cili hijau | dicincang
- 1/2 inci halia | ditumbuk
- 1 ulas bawang putih | ditumbuk
- 1 sudu makan jus perahan lemon
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 1/2 sudu teh minyak masak
- 1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam di dalam bekas bersama bawang besar, cili hijau, garam ,jus lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
- Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya.
- Gaulkan ayam tadi di dalam adunan tepung hingga rata.
- Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng ayam hingga garing dan kekuningan.
- Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas bersama sos.
INFO CHEF: Hidangan ini enak dihidangkan panas-panas dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi.