Andai berkunjung ke restoran Thai, sajian Ayam Pandan ni memang antara menu popular yang biasa dipesan. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Bila goreng, harum wangi semerbak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Selamat mencuba!
(jumlah bahan bergantung pada ayam yang digunakan. Agak-agak sahaja)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan tumbuk dan lumatkan guna lesung batu.
Ads
2. Masukkan semua bahan tumbuk dan bahan-bahan lain (kecuali daun pandan, lidi & minyak masak) ke dalam bekas berisi ayam. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Ambil daun pandan dan balut perapan tadi. Cucuk dengan lidi untuk mengemaskan balutan.
4. Panaskan minyak masak dan goreng ayam menggunakan api sederhana perlahan hingga masak.
5. Angkat, toskan ayam dan sedia untuk dinikmati.
6. Menu enak ini sedia dimakan bersama sos cili atau mengikut cita rasa masing-masing.
Gulai Tempoyak Ayam memang sedap makan dengan nasi putih. Sama juga dengan gulai tempoyak ikan, bezanya yang ini menggunakan ayam sebagai bahan utama selain tempoyak.
Menurut empunya resipi ini merupakan cara masak dan resipi orang Perak dan katanya lagi ia mungkin tidak sama dengan cara dan resipi masak tempoyak negeri lain.
Mungkin ada yang tidak makan ikan sungai, bolehlah cuba buat Gulai Tempoyak Ayam ni. Sedap dan cukup menyelerakan tambah pula sekarang musim durian, memang sesuai nak masak menu macam ni.
1 sudu besar gula pasir (kalau guna tempoyak yang agak masam.. .tambah lagi 1 sudu besar gula)
2 sudu teh garam
sedikit bahan perasa
3 cawan air
1 cawan tempoyak (kalau kuah cair boleh tambah tempoyak lagi ye)
Sedikit daun kesum
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah(cili besar merah)
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sebesar ibu jari ubi kunyit ( kalo xde guna serbuk kunyit jer 1/2 sdb)
1/2 cawan air
(Kisar semua bahan)
CARA MEMASAK:
Masukan bahan kisar ke dalam periuk, kemudian masukan air, gula, garam, serai, , daun kesom, tempoyak dan sedikit serbuk perasa ( jika suka). Gaul sebati.
Renehkan hingga mendidih, biarkan mendidih seketika dan masukan ayam. Bila ayam lembut masukan timun.
Apabila timun dah agak lembut, sesuaikan rasa dengan garam gula kemudian tutup api.
Ayam Bakar Berempah bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi tetapi diratah begitu sahaja pun ‘best.’ Paling utama untuk mendapatkan Ayam Bakar Berempah yang ‘super sedap’ tentulah bahan perapannya. Kalau rasa nak cuba buat sendiri Ayam Bakar Berempah, jomlah kita cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Zaini Talib
RESIPI AYAM BAKAR BEREMPAH
BAHAN UTAMA:
1 ekor ayam dipotong 16
BAHAN-BAHAN (UNTUK DIKISAR)
4-5 biji bawang merah 4-5 ulas bawang putih – BELI ONLINE 1 inci halia – BELI ONLINE Gula Melaka – BELI ONLINE Ketumbar Jintan manis – BELI ONLINE Serbuk kari daging Serbuk kunyit 2 batang serai Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Selepas semua bahan dikisar, perap ayam dengan bahan kisar tersebut. Jika mahu lagi sedap, elok perap selama 24 jam. Boleh tambah sedikit madu dalam bahan perapan untuk bagi ayam lagi sedap.
2. Bakar ayam dengan suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Masak lebih kurang 40 minit. Bolehlah dihidangkan ketika masih panas.
Sajian Thai adalah antara sajian cukup popular di seluruh dunia. Pergi sahaja ke negara Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan pelbagai negara, restoran Thai pasti ditemui. Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan bunga kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan. Melalui inspirasi juadah dari Pattaya dan Bangkok,
RASA kongsikan lima menu yang sedap & sangat mudah untuk anda cuba di rumah. Boleh masuk koleksi sajian berbuka nanti.
1. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam /dicincang
3 ulas bawang putih /dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kicap pekat
Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
2. GAENG KIAW WAN (DAGING MASAK KARI HIJAU)
BAHAN-BAHAN:
200gm daging /dihiris nipis
20- 30gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10gm kubis bunga/ dihiris
3 tangkai kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62ml air rebusan daging
100ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS (PES HIJAU):
1 batang serai /dikisar halus
2 ulas bawang putih /dikisar halus
1.5 sm lengkuas /dikisar halus
6 biji cili hijau besar / dikisar halus
20gm belacan /dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut /disagat
4 helai daun limau purut / dihiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
Kari hijau sedia dihidang
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. GAENG PHANAENG (DAGING PHANAENG)
BAHAN-BAHAN:
400gm daging – dihiris nipis
40ml santan segar
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukupnya
BAHAN TUMIS:
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai /dikisar halus
2 sm lengkuas /dikisar halus
4 helai daun limau purut /dikisar halus
1.5 sm belacan bakar /dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
20 gm daun dan tangkai ketumbar/ dicincang halus
2 biji kulit limau purut /dikisar halus
2 ulas bawang putih/ dikisar halus
1 batang kayu manis/ dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
Kacau seketika, perasakan dan padamkan api. Siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang /dicincang
1 ekor sotong /dicincang
4 ekor kupang /dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang /dipotong kecil
1/4 batang lobak merak /dicincang halus
2 batang cili padi /dihiris
2 ulas bawang putih /dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland /dicincang
2 biji bawang merah/ dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
Panaskan pengukus dengan air.
Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
Hor mok sedia dihidang
INFO CHEF: Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5. GAR HOR BAI TOEY (AYAM PANDAN)
BAHAN-BAHAN:
250gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan
BAHAN UNTUK PERAPAN:
40ml susu cair
1 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada putih
1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih /dikisar halus
3 ulas bawang merah /dikisar halus
1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskan.
Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.