Makan

Resipi Ayam Panggang Rosemary Bersama Sos Blackpepper Mushroom Yang Sedap. Confirm Jadi Kegemaran Keluarga

Share

Nampak sedap sungguh ayam panggang rosemary ini malah diakui oleh empunya resipi  Nor Atika Nazirah menu ini memang enak malah menjadi kegemaran suami dan anak-anaknya. Sedapnya mengalahkan ayam panggang dari restoren makanan segera yang terkenal.

Turut berkongsi resipi, kata beliau ayam panggang rosemary ini boleh dimakan bersama nasi butter, kentang lecek, dan wajib makan dengan blackpepper mushroom sauce.

Buat sendiri ayam panggang rosemary

Bahan-bahan

1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
1 sb rosemary kering
1 inci halia
1sb lada hitam
1sb jintan kasar/manis
2sb gula perang (atau gula merah)
2sk garam
3sb olive oil
2sb jus limau/lemon
3-5 biji kentang (buang kulit dan potong empat)
2 biji tomato
6 biji baby carrot (jika suka)
Sedikit mentega( lebihkan lagi sedap)

Cara membuat ayam panggang

1. Letak ayam dalam loyang bakar yang sesuai. Tumbuk halia dan gaul halia dengan ayam.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan.

3. Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam dan jintan kasar, tumbuk sekali. Kemudian masukkan bawang putih tadi, tumbuk lagi.

4. Masukkan lebihan minyak zaitun (yang diguna sewaktu menggoreng bawang putih tadi), gula perang, garam dan jus lemon dalam rempah yang ditumbuk. Gaul sebati.

5. Susunkan kentang dalam loyang yang sama dengan ayam. Gaulkan rempah pada ayam dan kentang.

6. Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar sehingga ayam masak. Lebih kurang 40 minit – 1 jam. Saya bakar dalam 45 minit. Bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Siap!

Cara buat blackpepper mushroom

Bahan-bahan

1/2 paket serbuk gravy chicken jenama Knorr
1/2 kotak susu full cream
Mentega Buttercup
Lada hitam (boleh lebihkan)
Cendawan dalam tin
Minyak zaitun
1 biji bawang holland

  • Sukatan secara anggaran
Cara membuat

1. Kisar serbuk gravy ayam jenama Knorr bersama air panas. Kisar sedikit demi sedikit dulu, jangan tuang separuh paket dalam blender nanti berketul.

2. Kemudian tumis bawang holland bersama minyak zaitun. Dah garing bawang, masukkan kuah yang dikisar tadi. Guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak berketul.

3. Masukkan susu full cream, mushroom, mentega dan blackpepper. Kacau sampai sebati. Dah mengelegak kuah boleh la tutup api. Siap!

Sumber: Nor Atika Nazirah

IKLAN