Ayam Pedas Korea ni memang jadi kegemaran ramai. Kombinasi rasa pedas, manis memang layan. Namun kalau nak beli di restoran makanan Korea, harganya boleh tahan mahal. Jadi buat anda yang nak buat menu ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Sangat cepat dan tak perlu banyak bahan. Sempoi je resipinya. Anda boleh cuba masak untuk suami dan anak-anak. Pasti berselera makan.
RESIPI AYAM PEDAS KOREA PALING EKSPRESS
BAHAN-BAHAN:
- Ayam bersalut tepung sejukbeku – beli online DISINI
- Sos Korea – beli online DISINI
- Bijan – disangai – beli online DISINI
- Hirisan daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng ayam hingga masak dan garing. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam mangkuk, tuang sos korea dan goncang rata. Pastikan ayam bersalut dengan sempurna.
3. Tabur biji bijan yang telah disangai dan juga hirisan daun bawang. Gaul hingga rata.
4. Ayam Korea enak dan ringkas sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Nak goreng ayam tapi tak nak berminyak? Gunalah AIR FRYER. Boleh pilih DISINI. Macam-macam saiz ada.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk. Kuah Tak Muak, Memang Puas Hati.
Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Masak Ayam Penyet & Sambal Yang Sedap.
Hidangan Nasi Ayam Penyet sememangnya menjadi kegemaran ramai. Set nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman, yang dimakan bersama ayam goreng yang garing serta sambal yang power memang membuka selera. Nak cuba? Jom tengok resipi perkongsian saudari Mashitah Mas ni. Nampak sedap dan membuka selera.
RESIPI NASI AYAM PENYET
BAHAN AYAM PENYET:
- 1 ekor ayam bersaiz kecil
- 4 biji bawang merah – kisar
- Sedikit halia – kisar
- Sedikit lengkuas – kisar
- Sedikit kunyit – kisar
- 1-2 batang serai – diketuk
- 2-3 helai daun salam
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
BAHAN SALUTAN TEPUNG:
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh jintan manis – ditumbuk
- 1 sudu teh jintan putih – ditumbuk
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Kiub pati ayam secukupnya
- Sedikit lada hitam tumbuk
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam.
3. Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam.
4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air hingga kering.
5. Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati.
6. Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat.
7. Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
8. Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung.
9. Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng hingga garing.
10. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.
RESIPI SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis
- Bawang merah
- Cili padi
- Cili merah
- Tomato
- Belacan bakar
- Gula dan garam secukupnya
- Jus limau nipis secukupnya
- Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Seterusnya goreng bawang merah hingga layu. Guna minyak sederhana sahaja dan jangan terlalu banyak.
3. Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah dua. Masukkan juga tomato yang telah dipotong empat. Masak sampai tomato layu. Angkat.
4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan juga belacan ke dalam blender. Tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar sekejap sahaja (kisar kasar).
5. Tuang kembali bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa. Tambahkan juga sedikit gula melaka. Masak hingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan bersama ayam dan nasi.
INFO: Jumlah bahan sambal hanya perlu agak-agak ikut citarasa.
Kredit resipi & foto: Mashitah Mas
5 Masakan Thai Ini ‘Gerenti’ Sedap Dimakan Masa Berbuka. Aroma Rempah Ratusnya Bangkit Selera.
Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Apakata kita berubah selera, berbuka dengan lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Korang ‘wajib’cuba, ya.
1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
- 1 batang serai |dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1.5 sm lengkuas | dikisar halus
- 6 biji cili hijau besar | dikisar halus
- 20 gm belacan | dibakar dan kisar
- 1/2 sm kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 1 biji kulit limau purut | disagat
- 4 helai daun limau purut | dihiris halus
- 200 gm daging /dihiris nipis
- 20- 30 gm daun selasih
- 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
- 10 gm kubis bunga/ dihiris
- 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
- 2 sudu teh gula
- 2 sudu makan kicap sotong @ ikan
- 62 ml air rebusan daging
- 100 ml santan
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan
simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3.Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
- 400 gm daging | dihiris nipis
- 6 sudu makan pes cili kering
- 2 batang serai | dikisar halus
- 2 sm lengkuas | dikisar halus
- 4 helai daun limau purut | dikisar halus
- 1.5 sm belacan bakar | dikisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
- 2 biji kulit limau purut | dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1 batang kayu manis | dikisar halus
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1 cawan air
- Minyak untuk menumis
- 40 ml santan segar
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang | dicincang
- 1 ekor sotong | dicincang
- 4 ekor kupang | dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang | dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak | dicincang halus
- 2 batang cili padi | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland | dicincang
- 2 biji bawang merah | dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5.Gar Hor Bai Toey (Ayam pandan)
BAHAN-BAHAN :
250 gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan
Bahan untuk perapan :
- 40 ml susu cair
- 1 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih /dikisar halus
- 3 ulas bawang merah /dikisar halus
- 1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
6. Kukus selama 5-6 minit
7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Kukus dan goreng
Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Ayam Masak Beriani Sempoi, Teramatlah Wanginya Sampai Ke Rumah Jiran
Kalau masak lauk Ayam Masak Beriani ni baunya teramatlah wanginya boleh menyebabkan meleleh air liur dibuatnya. Maklumlah ada rempah beriani, confirm menusuk aromanya sampai ke rumah jiran.
Ni min kongsikan resipi Ayam Masak Beriani Sempoi perkongsian daripada Nurhayati Ab Malek. Ni siap ada langkah-langkah memasaknya, gerenti jadilah. Nanti dah siap masak jangan lupa bagi jiran sikit tau, barulah berkat bila rezeki dikongsi bersama.
AYAM MASAK BERIANI SEMPOI
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 ½ inch halia
Bahan goreng:
- 1 ekor ayam (potong ikut suka, cuci dan tos)
- Serbuk kunyit
- garam
Bahan lain:
- ½ cawan susu cair
- 3 batang daun ketumbar (dipotong)
- 2 sudu cili kering kisar/cili boh – beli online DI SINI
- 2 sudu besar sos tomato -beli online DI SINI
- 2 sudu besar sos cili – beli online DI SINI
- 2 sudu besar puri tomato – beli online DI SINI
- 3 sudu besar rempah beriani
- ½ kiub pati ayam (opsyenel) – beli online DI SINI
- 1 genggam kismis
- 2 sudu kecil bawang goreng – beli online DI SINI
- Gula dan garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng hingga setengah masak dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama goreng ayam tadi, cedok keluarkan minyak, tinggalkan sikit untuk menumis.
3. Tumiskan segala bahan kisar dan gaul rata hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan gaulkan rata.
5. Masukkan puri tomato, sos tomato juga sos cili. Gaulkan.
6. Masukkan rempah beriani. Saya guna rempah beriani dari Mak Siti.
7. Jika anda ada rempah khas untuk daging/ayam beriani lagi boleh. Jika ada kiub ayam boleh lah masukkan juga.
8. Masa masukkan rempah ni aromanya teramatlah wangi.
9. Sudah gaul rata kita masukkan ½ cawan susu cair. Gaul dan gaul lagi hingga rata.
.10. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaulkan.
11. Masukkan air secukupnya. Tak perlu banyak sangat, cukup lah biar nampak berkuah sikit.
12. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat.
13. Masukkan kismis, daun ketumbar juga bawang goreng. Gaulkan! Sedia untuk dihidang.
.
Sumber : FB Nurhayati Abd Malek
INGIN MEMBELI KUALI TAK MELEKAT, BOLEH BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :
https://www.rasa.my/nasi-beriani-kambing-homemade-istimewa-buat-sekeluarga-nikmati/
Resipi Set Beriani Istimewa Ayah, Pakar Lauk Kenduri, Gulai & Kurma Daging.