Nak buat ayam percik ni memang kena banyak rempah. Ramai yang suka makan ayam percik. Rasanya lebih sedap berbanding ayam goreng kalau betul-betul pandai buat. Ini kerana selepas dipanggang, ayam percik akan dicelup dalam sos dan hal ini menjadikan ayam lebih berperisa. Jom try buat ayam percik macam kat pasar malam. Sedap sangat walaupun simple.
AYAM PERCIK SIMPLE
BAHAN-BAHAN
• 7 tangkai cili kering
• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 2 batang serai
• 1 inci lengkuas
• 1 keping gula melaka
• 3 sudu besar madu
• 3 sudu besar sos cili
• Garam secukupnya
• Setengah ekor ayam
CARA MEMBUATNYA
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.
2. Masukkan dalam kuali tanpa minyak. Tambah kan air.
3. Masukkan gula melaka, madu, sos cili dan garam. Bila mendidih, masukkan ayam.
4. Masak sampai ayam setengah masak, kemudian panggang ayam. Ayam dah kering, celup dalam sos and sambung panggang atau bakar.
5. Ulang step celop dan bakar sampai puas hati.
Resipi oleh Zara Zulfa dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengah Cari Juadah Baru Untuk Berbuka, Cubalah 5 Sajian Fusion Ini.
Anda pasti selalu dengar sajian fusion. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu.
Contohnya Shepard Pie jika diolah menjadi fusion terhasil lah Shepard Pie Rendang.
Begitu juga menu seperti betis kambing, kentang, tulang rusuk boleh sahaja diolah dengan rempah ratus menjadi resepi Asia dan Melayu yang lazat. Jom kita cuba ilham sajian fusion dari chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl, iaitu Chef Muhammad Suhaifi Idris, Mohd Suhaize Hasim, Isa Abu Bakar, Azrin Nuruddin Kamarul Azhar.
1.Tulang Rusuk Lembu Masak Hitam
BAHAN-BAHAN :
- 4 kg tulang rusuk/siap direbus dengan air selama 3 jam
- 250 ml ml air rebusan daging
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 5 sm halia /dikisar
- 7 ulas bawang putih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 50 gm kicap pekat
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji santan kelapa
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rebus tulang rusuk selama tiga jam. Keluarkan daging dari air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar dan tuangkan sedikit air rebusan daging (250) ml.
4. Kemudian masukkan tulang rusuk dan didihkan.
5. Masukkan asam keping dan kicap pekat
6. Masukkan santan dan reneh selama 30 minit. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
7. Biarkan daging betul-betul empuk
8. Tulang rusuk siap dihidang.
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ramuan kicap, rempah dan santan beri keenakan rasa
INFO CHEF : Kicap pekat memberikan warna dan rasa tulang yang sungguh enak.
2.Mousakka Kambing
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
- 800 gm daging kambing cincang
- 250 gm puri tomato
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 300 gm bawang besar /dihiris
- 7 ulas bawang putih /dihiris
- Garam secukup rasa
- 1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
- 1 liter susu segar
- 250 gm mentega
- 250 gm tepung gandum
- 250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis hidangan : Mediterranean
Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
3.Gulai Kawah Betis Kambing (Lamb Shank)
BAHAN-BAHAN :
- 4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 7 ulas bawang putih /dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 200 gm rempah kari daging
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji santan kelapa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1 .Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan renih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
4.Rendang Daging Shepherd Pie
BAHAN-BAHAN:
- 4 kg daging batang pinang /dipotong dadu
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 7 ulas bawang putih/dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 2 sm lengkuas/ dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 4 sudu makan serbuk cili
- 4 batang serai /diketuk
- 200 gm kerisek
- 2 keping asam keping
- 1 biji santan kelapa
Bahan B:
- 5 biji kentang
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau.
3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak.
4. Kemudian masukkan daging dan didihkan
5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam.
6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil.
7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi
8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek
9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi
10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius
11. Hidangkan bersama salad segar
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Reneh dan bakar
Jenis hidangan : Masakan barat diberi sentuhan fusion
Keistimewaan : Kentang dan rendang menjadi kudapan yang lazat
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang.
5. Ayam Panggang Gulung Madu & Sos Percik Berkeju
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 4 keping paha ayam tanpa tulang (chicken chop)
- 1 ketul dada ayam /dicincang
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan madu
Bahan B (kuah percik berkeju) :/dikisar
- 2 biji bawang besar India
- 1 sm hali
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 sm kunyit hidup
- 1/2 biji kelapa (santannya)
- 50 gm keju mozzarella @ keju cheddar
CARA MEMASAK :
Cara membuat ayam gulung :
1. Cincang dada ayam bersama kunyit dan garam.
2. Campurkan telur dan kacau hingga sebati.
3. Gulung dada ayam cincang bersama paha ayam dan ikat dengan menggunakan tali ‘butcher’.
4. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Dan perap
Cara membuat kuah percik :
5. Kisar semua bahan B
6. Panaskan kuali , dan tumiskan bahan-bahan kisar.
7. Tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam gulung tadi
8. Masak ayam selama 10 minit , keluarkan ayam dan biarkan seketika.
9. Masukkan santan ke dalam bahan-bahan tadi dan masukkan garam secukup rasa
10. Setelah mendidih masukkan keju dan kacau hingga keju betul-betul larut.
11. Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng ayam dengan minyak sedikit. Sapukan madu sebelum itu.
12. Buang tali dan hiris ayam. Susun ayam mengikut kreativiti dan tuang kuah di atas ayam gulung tadi
13. Hidangkan bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 2– 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak sedikit
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lemak berkeju dan sedap
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gabungan keju dan sos percik, gandingan citarasa barat dan timur yang berperisa.
Terima kasih : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl,
Cara Buat Chicken Salad Paling Mudah & Sedap, Rasa Nak Makan Setiap Hari
Siapa suka makan salad macam ni angkat tangan sikit. Hidangan ini sangat simple dan sesuai untuk anda yang menjaga diet. Lagi lama ayam ini diperap lagi enak rasanya. Nak lebih juicy rasanya, grill sekejap saja. Bila dah sedap macam ni rasa nak makan hari-hari.Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nabihah Azhar.
Chicken Salad
Bahan-bahan:
Isi ayam
Paprika
Black pepper-beli online di sini
Cajun
Tomato ceri
Telur rebus
Kewpie dressing
Cara membuat:
1.Ambil isi ayam. Potong kecil-kecil ikut suka hati bentuk apa pun.
2.Perap ayam dengan paprika, black pepper & cajun.
3.Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut citarasa masing-masing.
4.Hidang ayam grill tadi atas salad.
5.Tabur tomato ceri.
6.Letak telur rebus.
(cara rebus telur: biar air mendidih. Rebus selama 10 minit)
7.Akhir sekali, dressing dengan Kewpie dressing.
Kredit : Nabihah Azhar
Klik sini
Buat Sendiri Air Vitagen, Cukup Rasa Confirm Berulang Kali Minum
Chocolate Crinkle Cookies. Sedap Sampai Tak Boleh Henti Mengunyah
Resepi Quiche Ayam Sedap & Menyelerakan. 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji
Ayam Kicap Berempah Meleleh Ni, Ratah Pun Sedap
Siapa saja yang tidak suka dengan ayam masak kicap. Memang hidangan ini boleh habis sekelip mata. Nak lebih kaw rasanya boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Ameera ni. Gerenti berebut nanti. Satu menu ni bawa sampai ke malam.Makan pula dengan nasi panas-panas. Masakan ni sangat simple dan korang kena buat.
AYAM KICAP BEREMPAH MELELEH
Bahan-bahan:
Ayam (lumur kunyit dan garam)
6 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Halia -besar ibu jari
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
Daun kari
1 paket kecil rempah kari ayam
4 sudu makan kicap kipas udang manis
1 sudu makan kicap pekat
3 biji cili padi (belah 2)
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Goreng ayam yang sudah dilumur garam dan kunyit.
2.Bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar dan halia ditumbuk.
3.Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak buang sikit. Masukkan serai yang dititik.
4.Masukkan kulit kayu manis, daun kari dan bahan tumbuk tadi.
5.Tuangkan rempah ayam.
6.Masukkan sedikit sahaja air supaya rempah masak sehingga pecah minyak.
7.Tuangkan kicap kipas udang manis.
8.Masukkan juga kicap pekat untuk menghitamkan kuah.
9.Masukkan juga cili padi kalau suka pedas.
10.Masukkan gula dan sedikit garam.
11.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Siap untuk dihidang.
Kredit: Ameera
Klik sini
Lembut Seperti Air Embun Pagi, Mudah Je Nak Buat Rain Drop Cake