Resipi Ayam Percik Putih Paling Mudah. Pakai Santan Kotak Pun Boleh.

Share

Sedapnya Ayam Percik! Kalau bulan puasa, memang laku keras menu ni. Anda boleh masak sendiri. Ringkas tapi yang pasti sangat sedap. Sesekali cuba masak menu macam ni memang bangkit selera.

AYAM PERCIK PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | belah dua dan dikelar

BAHAN PERAP AYAM:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KUAH:

  • 200ml santan pekat (1 kotak kecil santan kotak)
  • 2 keping asam keping
  • 3 batang serai | ketuk
  • Sedikit biji halba
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 ulas bawang merah | kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus

CARA MEMASAK:

  1. Bahan perapan dilumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula. Biarkan lebih kurang 1 jam. Perap dan simpan didalam chiller.
  2. Campurkan bahan kisar bersama santan. Tuang dalam periuk, masak dengan api yang perlahan. Letakkan juga serai ketuk dan sedikit biji halba didalamnya.
  3. Masukkan asam keping. Biarkan ia mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Tambah sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Lumurkan kuah perchik ini pada ayam sebelum ayam dibakar didalam ketuhar atau  dibakar diatas pemanggang arang.
  5. Pastikan ayam betul-betul masak sebelum ia dihidangkan.
  6. Tuang sedikit kuah perchik di atas ayam bagi menampakkan ia berjus dan tidak kering semasa dihidangkan.

INFO CHEF:  Lebih lama ayam diperap , ia lebih sedap.

ANDA BOLEH CUBA:

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:

Published by
Nur