Resipi Ayam Phat Phet Paling Mudah & Simple

Share

Belum ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak? Hidangan Ayam Phat Phet ni antara menu yang paling mudah untuk dicuba. Ia merupakan masakan Kelantan

dan dipercayai berasal dari Thailand. Aroma rencah yang ditumis sempurna menjadikan menu ini sangat enak sekali dimakan bersama nasi putih dan juga roti. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI AYAM PHAT PHET

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping dada ayam – potong dadu
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang holland – hiris
  • 4 biji cili padi – hiris

BAHAN PERAP:

  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK:

  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 4 biji bawang merah kecil

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1/2 biji bawang besar
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan perap dan tumbuk hingga halus. Kemudian lumur pada ayam dan biarkan selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap tadi hingga separuh masak. Angkat.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga garing.
  5. Seterusnya masukkan garam halus, daun limau purut, hirisan bawang Holland dan cili padi.
  6. Masukkan ayam dan gaul hingga rata.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Published by
Nur