Resipi Ayam Pop Indonesia. Ringkas & Lengkap Dengan Sambal Sedap.

Share

Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Nakkan kelainan? Jom cuba menu Ayam Pop sedap ni. Menu ringkas tapi nikmat kalau dapat. Ada sambal power!

CARA MASAK AYAM POP

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam sederhana besar
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • 200 ml minyak masak
  • Garam secukupnya
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN UNTUK SAMBAL:

  • 1 biji tomato | buang biji dan hiris
  • 3cm belacan
  • 50ml air
  • 7 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar. Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
  3. Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
  4. Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
  5. Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
  6. Kisar hingga lumat.
  7. Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.



.

INFO CHEF: Ayam Pop adalah masakan popular di kalangan masyarakat Padang, Indonesia.

Published by
Nur